Saturday, December 17, 2022

PEMBELI EMAS DENGAN PG CODE PG 00900000


 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐆𝟎𝟎𝟗𝟎𝟎𝟎𝟎𝟎 𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐮𝐧𝐜𝐮𝐥!🥳


Tahniah kepada pemegang PG code, PG00900000 (Salina Binti Hassan) telah 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢 𝟏𝐠 𝐠𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐚𝐫 baru baru tadi!!!💕
🤩𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 👉 𝗣𝗚𝟬𝟬𝟵𝟱𝟬𝟬𝟬𝟬!
Mungkin andalah pemenang bertuah yang seterusnya!

Pembeli bertuah ini dapat hadiah percuma 1 gram Gold Bar

Wednesday, October 27, 2021

PERNIAGAAN EMAS DOT NET

Hari ini bermula kembali laman web ini bertukar menjadi www.perniagaanemas.net

Ini sebagai usaha saya untuk meneruskan usaha untuk memberikan penerangan dan perkongsian berkaitan dengan emas. 

Saya harap usaha ini akan diberkati dan dapat memberikan manafaat kepada semua pembaca..

1/2 Dinar Public Gold

Ok jumpa lagi

asikingold.

Saturday, January 2, 2021

SELAMAT TAHUN BARU 2021

Saya rasa masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2021 kepada semua pembaca saya . Semuga tahun baru 2021 ini lebih membahagiakan anda semua.

Harga emas di ramalkan melonjak naik keparas USD2300/oz pada tahun 2021 ini oleh mereka yang terlibat dalam industri ini menurut laporan KITCO 

Sama sama kita lihat.. 

Apa yang penting bagi kita adalah beli dan simpan emas pasti tidak rugi dan yang sama sama pakat kita fikirkan adalah banyak mana emas yang telah kita beli dan simpan !












nnwKuantan

Thursday, September 28, 2017

SEMINAR EMAS DAN SHARIAH


--> Satu seminar emas dan shariah akan diadakn pada 11 November 2017 di TH Hotel, Kelana Jaya. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan emas dan kepatuhan syariah boleh datang ke seminar ini.

Bayaran RM30 dikenakan untuk hadir ke seminar ini..


.
Pengalaman saya buat bisnes emas saya kongskan juga melalui email.. sila isi jika berminat nak dapatkan perkongsian melalui email..


Sunday, May 4, 2014

PERKONGSIAN ILMU PERNIGAAN DAN PELABURAN EMAS



Pengalaman saya buat bisnes emas saya kongskan juga melalui email.. sila isi jika berminat nak dapatkan perkongsian melalui email..


Monday, March 24, 2014

JUAL EMAS DI VIETNAM

Perniagaan emas Public Gold kini telah diperluaskan ke negara Vietnam dengan kerjasama syarikat Public Gold Marketing dengan institusi perbankkan terbesar di  Vietnam iaitu VeitinBank.


Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) melebarkan sayap operasinya di rantau Asia apabila secara rasmi menjalinkan kerjasama dengan VietinBank iaitu sebuah institusi perbankan terbesar di Vietnam.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng berkata, pembukaan cawangan terbaru Public Gold di Vietnam dianggap sebagai satu kejayaan membanggakan dan meningkatkan rangkaian cawangan kepada 19 termasuk di Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata, kejayaan dicapai adalah hasil usahasama antara Public Gold dan VientinBank sejak lebih setahun lalu sebelum kedua-dua belah pihak bersetuju menjalinkan kerjasama dalam perniagaan emas dengan menyasarkan keuntungan mencecah RM200 juta dalam tempoh dua tahun.

“Lebih membanggakan Public Gold turut memperkenalkan produk keluaran khas terbaru bersempena Ulangtahun ke-25 VietinBank di Pusat Konvensyen Kebangsaan, Phang Hung Avenue, Tu Liem, Hanoi, Vietnam 8 Julai tahun lalu.

“Penghargaan ini membuktikan kemampuan sebenar Public Gold dalam perniagaan emas dan jalinan kerjasama ini adalah satu peluang kami dalam mengembangkan lagi pasaran emas di rantau Asia untuk tempoh masa panjang,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Public Gold dan VeitinBank di Wisma Public Gold di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Emas dan Barang Kemas, VietinBank, Pham Thin Hong Phuong, Pengarah VietinBank di Hanoi, Vu Trung Thanh dan Pengurus Besar Public Gold, S S Eng.
Sumber : Harian Metro

Ini bermakna syarikat Public Gold makin kukuh kerana syarikat bank luar pun dah  sanggup berkerjasama untuk menjual emas ini dan secara tak langsung mencerminkan emas - emas yang dijual oleh Public Gold yang mana saya adalah Master Dealer adalah tulin dan semakin diyakini diperingkat antarabangsa.

Oleh itu jangan ragu-ragu untuk beli emas public gold dari saya .. ye..

Jika beli emas Public Gold  jangan lupa ye..

JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 SEBAGAI INTRODUCER ANDA YA..DAN JIKA ADA PERTANYAAN BOLEH SMS ATAU CALL SAYA , ASIKIN 017 345 7478.


-->

Tuesday, March 18, 2014

DOA UNTUK MH370

Semua warga kerja perniagaan emas turut sama mendoakan untuk mereka yang berada di pesawat MH370..






Semua warga kerja perniagaan emas turut bersedih atas kejadian ini...

Thursday, January 2, 2014

BAJU DARI EMAS



Jika suatu masa dahulu emas hanya digunakan untuk buat barang kemas, kini Ahmet Atakan seorang artis barangan kemas di Itali , mencipta kelainan apabila menghasilkan beberapa pakaian yang diperbuat daripada emas tulen.
Beliau memperolehi idea tersebut selepas melihat ramai peminat fesyen memilih gaya labuci dan manik untuk digayakan pada busana mereka.

Baju emas itu direka tanpa lengan dan mempunyai potongan skirt pendek dan untuk  menghasilkan baju unik itu, Ahmet menggunakan kira-kira 78,000 kepingan emas dan harganya dijangka mencecah 85,000 pound (RM442,000) dan  berat baju ini kira-kira tiga kilogram.

Paling menarik semua baju yang Ahmet telah menghasilkan sebanyak lapan baju emas dan kesemuanya sudah dijual !. Begitulah hebatnya hasilan emas ini..harga RM442,000 sehelai pun ada yang mampu beli.

Sambutan yang menggalakkan ini menjadikan Ahmet bercadang untuk menghasilkan lebih banyak baju emas pada tahun ini


Anda nak beli ?..ada duit banyak boleh beli ..jika tidak beli rantai atau barang kemas ajelah ye.. boleh guna pakai..

Jika beli emas Public Gold  jangan lupa ye..

JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 SEBAGAI INTRODUCER ANDA YA..DAN JIKA ADA PERTANYAAN BOLEH SMS ATAU CALL SAYA , ASIKIN 017 345 7478.


-->

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014


Salamsejahtera dan selamat tahun baru 2014 saya ucapkan kepada semua pembaca, pelanggan dan juga rakan niaga semua semuga ditahun baru ini kehidupan kita semua lebih baik daripada tahun 2013.

Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca, pelanggan serta rakan niaga yang telah memberikan sokongkan kepada perniagaan emas saya serta Public Gold.



Pelaburan emas merupakan suatu pelaburan jangka panjang dan untuk mudah belilah rantai emas dan anda pakai atau simpan atau beli dihadiahkan kepada ibu, anak dan juga isteri.

Kelebihan memiliki emas fizikal berbanding pelaburan yang lain adalah, jika anda terdesak nak guna duit, rantai emas ini boleh anda gadai di ar rahnu pajak gadai Islam yang banyak muncul di seluruh negara.

Sunday, November 17, 2013

PROMOSI EMAS PUBLIC GOLD DI SELURUH MALAYSIA

Public Gold mengadakan booth promosi di seluruh Malaysia. Dengan sukacitanya anda dijemput bersama-sama dengan saudara-saudari dan kawan-kawan untuk meriahkan suasana booth promosi ini. Jadual booth promosi seperti berikut:


Pembaca dijemput berkunjung ke booth promosi ini yang dinyatakan pada jadual di atas bagi mengenal dengan lebih dekat PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD INI

JIKA ANDA MEMBELI SEMASA PROMOSI INI  ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 SEBAGAI INTRODUCER ANDA YA..DAN JIKA ADA PERTANYAAN BOLEH SMS ATAU CALL SAYA , ASIKIN 017 345 7478.





-->

Wednesday, November 6, 2013

ARAHNU EMAS ATAU GADAI EMAS DI PEJABAT POS.


Semua emas yang di pasarkan oleh Public Gold boleh kita Ar Rahnu di Pejabat Pos yang menawarkan kemudahan ar rahnu.

Berita ini sungguh menarik kerana jika dahulu pejabat pos hanya tempat kita buat urusan pos seperti beli stem, pos surat kemudia diadakan kemudahan bayar bil, renew roadtax dan seumpamaya..kini kita boleh gadai emas di pejabat pos yang menawarkan perkhidmatan ini.

Ar Rahnu emas ini bererti kita pinjam duit dan emas dijadikan cagaran..oleh itu bila buat ar rahnu ini kita kena bayar balik pinjaman mengikut bulanan.

Macamana nak ar rahnu emas di pejabat pos serta syaratnya..


ArRahnu@POS

Apakah jenis emas yang diterima untuk gadaian?
Kami menerima semua jenis barangan emas.

Mutu emas manakah yang diterima untuk gadaian?
Kami menerima semua mutu emas dari 999, 950, 916, 875, 835, 585 dan 375.

Adakah barang kemas yang mempunyai batu permata boleh digadai?
Ya, tetapi jumlah berat (anggaran) batu akan ditolak untuk membuat gadaian. Nilai berat tersebut bergantung kepada budi bicara penilai.

Bagaimanakah anda menguji emas?
Kami akan menimbang berat dan kami juga akan melakukan ujian asid ‘aqua regia’ untuk memastikan ketulenan emas. Densimeter juga digunakan untuk mengetahui kandungan emas.

Berapa kadar upah simpan yang dikenakan?
Kadar upah simpan bulanan sebanyak RM0.75 bagi setiap RM100 marhun.

Bagaimanakah cara pembayaran balik pembiayaan?
Bayaran secara ansuran (semasa masih dalam tempoh gadaian).
Tebus penuh, beserta jumlah upah simpan tertunggak.
Adakah ArRahnu@POS menerima bayaran balik menggunakan kad kredit/debit ataupun cek?
Tidak. Hanya bayaran tunai diterima.

Bagaimanakah saya akan menerima pembayaran setelah menggadai?
Anda akan menerima wang tunai setelah transaksi berjaya dilakukan.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan barang yang digadai?
6 bulan + lanjutan 3 bulan + lanjutan 3 bulan.Lanjutan tempoh hanya dibenarkan sekiranya pelanggan menjelaskan upah simpan tertunggak.

Harga apakah yang digunakan untuk menentukan nilai sandaran barang?
ArRahnu@POS menggunakan harga emas pasaran semasa yang digunakan dalam London Metal Exchange.

Berapakah had pembiayaan bagi seorang pelanggan?
Margin pembiayaan adalah sehingga 75%
Pembiayaan minimum adalah RM100.00
Pembiayaan maksimum bagi setiap pelanggan: RM10,000 (pada hari yang sama)
Jumlah pembiayaan terkumpul bagi setiap pelanggan: RM50,000.00.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Surat Akuan Gadaian (SAG) pelanggan hilang?
Aduan perlu dibuat segera oleh Penggadai (wakil tidak dibenarkan) di cawangan ArRahnu@POS di mana gadaian dibuat.
Penggadai dikehendaki mengisi borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan hendaklah mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah.
Pelanggan perlu datang semula ke cawangan ArRahnu@POS bersama dokumen di atas (item ii.) bagi mendapatkan salinan surat akuan gadaian.
Penalti sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap salinan SAG yang dikeluarkan.
Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan surat gadaian?
Serta-merta jika kesemua dokumen seperti di no.10 lengkap diperolehi.

Adakah penebusan boleh dilakukan oleh wakil (selain dari penggadai asal)?
Tidak boleh. Sekiranya Penggadai tidak dapat hadir (disebabkan kematian, dipenjarakan atau dimasukkan ke hospital) wakil dibenarkan hadir dengan membawa dokumen seperti Sijil Kematian atau surat/laporan yang dikeluarkan oleh Hospital atau Jabatan Penjara.

Bolehkah barang-barang yang digadai dalam satu SAG ditebus sebahagian sahaja?
Tidak boleh. Dua atau lebih barang-barang yang digadai dalam satu SAG mestilah ditebus pada masa yang sama.

Apakah kelayakan seseorang yang ingin menggadai?
Warganegara Malaysia
Penduduk Tetap
Warga Asing
Penggadai hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk melakukan gadaian?
Warganegara Malaysia : Kad Pengenalan asal
Penduduk Tetap : Kad Penduduk Tetap
Warga Asing : pasport yang sah sekurang-kurangnya 1 tahun
Sekiranya pelanggan terlupa membawa Kad Pengenalan, adakah ArRahnu@POS menerima lesen memandu yang sah sebagai dokumen pengenalan?
Tidak.

Adakah tambahan pembiayaan boleh dilakukan?
Boleh, jika jumlah pembiayaan terkumpul penggadai masih belum melebihi RM50,000.00.

Bolehkah pelanggan membuat gadaian baru sekiranya aduan kehilangan SAG masih dalam proses?
Boleh sekiranya jumlah pembiayaan terkumpul masih belum melebihi RM50,000.00.

Apakah yang akan berlaku sekiranya penggadai tidak menebus barang gadaian selepas 12 bulan?
Barang gadaian akan dilelong pada bulan ke-13.

Jika barang yang dilelong mempunyai baki, adakah pelanggan boleh menuntut baki tersebut?
Baki lelongan akan dipulangkan kepada pelanggan setelah ditolak kos upah, baki pembiayaan yang tertunggak dan caj pentadbiran sebanyak 3%.

Siapakah yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut?
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan ArRahnu@POS melalui:

Laman sesawang www.pos.com.my; atau
Menghubungi talian khidmat pelanggan iaitu 1-300-300-300; atau
Menguhubungi cawangan ArRahnu@POS berdekatan. Senarai cawangan boleh didapati di sini.
Adakah ArRahnu@POS menyediakan perkhidmatan lain?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan penilaian zakat secara percuma dan juga perkhidmatan mencuci barangan kemas dengan kadar yang sangat rendah.

Apakah jaminan sekuriti yang ArRahnu@POS tawarkan kepada semua pelanggan yang membuat transaksi di sana?
Urusniaga dilaksanakan di hadapan pelanggan.
Ruang operasi dalam premis pejabat pos dilengkapi kelengkapan keselamatan seperti CCTV, alat penggera kecemasan dan bilik kebal dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaru.
Pihak ArRahnu@POS menitikberatkan pematuhan kepada setiap standard operasi
Unit Pematuhan ArRahnu@POS menjalankan audit bulanan di setiap cawangan untuk memastikan semua kakitangan mematuhi semua protocol yang ditetapkan


Dengan kemudahan ini, jika kita memiliki emas atau barang kemas jika kita terdesak nak pakai duit..boleh kita ar rahnu di pejabat pos..

-->

Monday, October 21, 2013

ZAKAT EMAS DI PAJAK GADAI ISLAM


-->

Emas yang kita gadai atau ar rahnu tu kena zakat tak ? Ramai yang tanya..saya. 

Untuk jawap ni saya petik tulisan dari Ust. Hamizul Abdul Hamid .


Soalan: Baru-baru ini saya ada terdengar dari satu ceramah, bahawa orang yang menggadaikan emas perhiasan mereka di ar-rahnu atau pajak gadai Islam juga wajib membayar zakatnya. Benarkah begitu? Bukankah apabila digadai, maka seseorang itu sudah tiada hak milik atas emas perhiasan berkenaan. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan: Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan keampunan dan maghfirah-Nya ke atas kita semua, disebabkan kesungguhan kita untuk mendalami ilmu Allah SWT khususnya dalam bab mensucikan harta kita daripada milikan orang lain dengan menunaikan zakat ke atasnya. Mudah-mudahan, jawapan yang diberikan ini mampu memberikan pencerahan terhadap isu emas perhiasan yang diletakkan di pajak gadai Islam, yang hari ini sudah menjadi suatu yang popular dalam kalangan umat Islam.

Allah SWT menjelaskan di dalam surah al-Ma’arij (70) ayat 24 dan 25: “Dan orang-orang (yang menentukan bahagian) pada hartanya menjadi hak yang termaklum (bagi golongan tertentu); (iaitu) bagi orang-orang miskin yang meminta-minta dan yang menahan dirinya (daripada meminta-minta).”

Namun begitu, sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, maka ada baiknya untuk kita menelusuri dahulu beberapa definisi perkataan yang berkait rapat dengan pergadaian dalam Islam, yang mungkin sebelum ini difahami secara tidak tepat oleh sebahagian orang awam.

Pertama, apakah makna ar-rahnu? Ar-Rahnu bermaksud, suatu kontrak yang menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran untuk menjamin pelunasan sesuatu hutang. Dalam kontrak ini, penggadai menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pegadai (pihak yang memberikan hutang). Mengikut syarak, cagaran hendaklah diserahkan oleh penggadai kepada pegadai. Cagaran akan dijual oleh pegadai untuk melunaskan hutang sekiranya hutang itu gagal dibayar oleh penggadai setelah tamat tempoh. Kemudahan ini membolehkan penggadai memperoleh pinjaman kecemasan, pinjaman perniagaan dan pinjaman untuk pembelian input. Perkataan yang sinonim bagi rahnu ialah gadaian. (Rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di http://prpm.dbp.gov.my)

Keduanya, apakah tujuan ar-rahnu ini diwujudkan? Ya, institusi pajak gadai Islam atau ar-rahnu ini ditubuhkan dengan konsep rahnu dan qardul hasan, iaitu untuk memberikan pinjaman secara yang baik di sisi syarak dan tidak menindas. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba (yang menjadikan keseluruhan transaksi adalah haram dan berdosa). (Ibid)

Oleh itu, dalam bahasa orang awam yang lebih mudah difahami oleh kita, ar-rahnu adalah suatu kaedah bagi kita untuk meminjam wang dari sesebuah institusi yang menawarkan pinjaman yang halal, dengan cara kita mestilah meletakkan suatu cagaran (biasanya emas perhiasan) demi membolehkan kita mendapat pinjaman berkenaan. Apabila kita gagal atau tidak mahu membayar kembali wang yang dipinjam daripada institusi berkenaan, maka mereka akan mencairkan (menjual) barangan yang kita cagarkan, dan mereka akan mengambil jumlah yang dihutangkan kepada kita berserta dengan upah simpanan barangan (atau apa-apa servis perkhidmatan yang sesuai) dan lebihan daripadanya, akan diserahkan kembali kepada orang yang meminjam (penggadai).

Jadi, perbezaan ar-rahnu dengan pembiayaan peribadi di bank ialah, dalam pembiayaan peribadi tiada cagaran; dan dalam ar-rahnu, ada cagarannya.

Baiklah, saya juga ingin menarik perhatian di sini, bahawa dalam konteks membuat hutang di ar-rahnu, ada dua kondisi yang perlu diperhatikan.

Pertama, orang yang memang terdesak atas sesuatu keperluan, maka dia pun membuat pinjaman di ar-rahnu, emas perhiasannya dicagarkan dan sepanjang tempoh emas itu di dalam simpanan ar-rahnu, dia tidak mampu mengambilnya kembali kerana memang dia tidak mempunyai wang, maka di sini dia tidak mempunyai satu syarat wajib zakat, iaitu sempurna milik. Maka, tidak wajiblah dia berzakat atas emas yang disimpan di ar-rahnu itu.

Begitu juga, wang yang didapati hasil pinjaman itu juga, tidaklah wajib dikeluarkan zakat pendapatan ke atasnya, kerana wang itu memang diperlukannya untuk tujuan kehidupannya yang terdesak. Ini kerana, mengikut fatwa zakat pendapatan di Selangor (tahun 2010), wang hasil pinjaman juga wajib dizakatkan, kecuali ia sudah mempunyai keperluan khusus, misalnya untuk tujuan perubatan dan sebagainya.

Kedua, orang yang membuat hutang di ar-rahnu dalam kondisi dia tidak memerlukan atau bukan dalam keadaan kecemasan, sebaliknya dia menggunakan ar-rahnu sebagai tempat untuk menyimpan emas perhiasannya dengan selamat dan sengaja membiarkannya tanpa ditebus, agar apabila genap setahun disimpan, maka semasa itu harga emas sudah naik dan dia pun mendapat untung atas emas perhiasannya yang dicairkan oleh pegadai.

Maka, dalam konteks ini, dia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menebus, tetapi sengaja enggan menebus, maka hakikatnya dia mempunyai syarat sempurna milik, maka wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat ke atas emas perhiasan yang disimpan di pihak pegadai (ar-rahnu). Andai dia membiarkan hingga setahun, dan selepas itu dicairkan, dan pihak pegadai memberikan untung kepadanya, maka dia juga wajib mengeluarkan zakat ke atas keuntungan berkenaan. Begitu juga, wang pinjaman yang dia perolehi dari pihak ar-rahnu itu juga, hendaklah dikeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus (sebagai zakat pendapatan), kerana dia mendapatkannya bukan untuk tujuan tertentu yang terdesak seperti dalam kes yang pertama.

Maka, apa yang penting adalah, kita perlu melihat kepada dua kondisi di atas, iaitu adakah orang yang melakukan hutang di ar-rahnu itu adalah mereka yang dalam kesempitan kewangan, yakni mereka terpaksa berhutang demi mendapatkan wang dengan kadar segera dan dengan itu, mereka pun dapat segera melunasi keperluan-keperluan yang berbangkit dengan segera juga; ataupun mereka yang bergadai dengan maksud menjadikan ar-rahnu sebagai satu tempat melabur demi mencari keuntungan berganda di masa hadapan? Sudah pastilah natijahnya adalah berbeza.

Kesimpulannya, wajib zakat jika digadai demi pelaburan semata-mata (mencari keuntungan) dan tidak wajib zakat jika digadai atas keperluan terdesak dan kecemasan.Wallahua’lam.

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan zakat sila emailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau boleh layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my atau di www.facebook.com/LembagaZakatSelangor.MAIS.

'Sumber (http://www.hamizul.com)

Sunday, August 18, 2013

PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD BERSAMA TALIPON PINTAR ANDROID SAMSUNG GALAXY GRAND DUO PANTAS DAN TERKINI.


Pelaburan Emas Public Gold kini boleh kita permudahkan dengan penggunaan talipon pintar atau smartphone android. Baru - baru ini saya ada membeli talipon pintar samsung galaxy yang menggunakan andriod jelly bean.
Hari ini saya bukan nak cerita pasal talipon ni atau gajetnya..yang saya sendiri pun tak de berapa faham pun. Apa yang saya ingin kongsikan bawa pelaburan emas dan perniagaan emas bersama syarikat Public Gold ini telah dimajukan dengan pihak syarikat Public Gold telah buat satu aplikasi android untuk memudahkan kita menjalankan bisnes emas ini dengan guna handphone pintar aje.

Dengan ada nya aplikasi ini kita boleh download percuma dan install kat handphone kita dan guna untuk bisnes emas ini. Ini memudahkan pengguna dan juga agen perniagaan emas Public Gold untuk berurusan dengan pelanggan serta sudah pasti lebih menyakinkan pelanggan serta ada gaya lah...

Penggunaan talipon pintar dan aplikasi ini memudahkan kita kerana kini  kita tak perlu nak bawa laptop atau note book..hanya guna handphone pintar yang boleh kita masuk dalam poket aje.

Aplikasi Emas Public Gold ini membolehkan kita lihat produk - produk emas dan perak yang di jual oleh syarikat Public Gold, harga semasa dan mudah untuk agen buat pesanan.

Harga 'LIVE" Emas Public Gold yang di screenshot daripada talipon pintar .

Untuk lihat cara guna , anda boleh lihat rakaman video yang dibuat oleh suami saya ni....








Jika anda dah buat keputusan  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478 ,DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA


Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN TIP PELABURAN EMAS MUSIM RAYA


Salamsejahtera dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri daripada saya dan juga keluarga serta warga kerja perniagaan emas dot com. Di Hari yang mulia ini saya dan keluarga serta warga kerja kami ingin memohon ampun dan maaf daripada semua pelanggan, pembaca dan juga rakan niaga perniagaan emas.

Masa berlalu begitu pantas sedar tak sedar hari ini dah merupakan hari terakhir kita di Malaysia berpuasa dan esok 1 Syawal 1434 H kita akan berhari raya.

Bila sebut hari raya, tak lari daripada tradisi balik kampung menemui ayah bonda dan di doakan semuga rakan yang balik kampung itu memandu dengan berhati - hati supaya semua selamat sampai.

Jika bergaya di Hari Raya dengan berhati - hati sedikit dan sentiasa berwaspada akan barang kemas kita takut - takut ada yang terlupa letak dan semupamanya.

Untuk makluman juga walaupun hari raya banyak kedai emas tutup, tapi nak beli emas Public Gold ini masih boleh dilakukan melalui laman web..KLIK

Jika ada barang kemas yang tak dibawa balik kampung, boleh simpan dalam safebox di bank atau pun syarikat swasta. 

Jika tak de safe box..cara mudah adalah pi ar rahnukan emas kita kat ar rahnu bank..bila balik raya boleh tebus semula..

Ok nampaknya semua orang sibuk nak beraya dah.. Sekali lagi selamat hari raya daripada kami..

Namun ,jika anda dah buat keputusan  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;
ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478 ,DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...
JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA



-->

Sunday, July 7, 2013

RAHSIA KUCING EMAS TERBONGKAR




Kucing yang dibela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain.

Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Pada kebudayaan mesir kuno terdapat mitos yang terkenal mengenai seorang dewi berbentuk kucing bernama Bast. Bast adalah dewi pelindung rumah, kucing dan pelindung ladang dari serangan tikus, kadang-kadang mempengaruhi beberapa aspek dalam peperangan dan menjelma dalam bentuk singa betina.

Kecintaan manusia pada kucing ini diabadikan dalam pelbagai bentuk samaada patung - patung yang diperbuat daripada batu dan juga emas.

Selain itu kucing juga di abadikan pada syiling emas bagi menunjukan kecintaan manusia pada kucing.




Loket kucing emas juga ada dibentuk untuk jualan dan mungkin loket - loket emas bentuk kucing emas ini akan dibeli oleh peminat kucing.


Loket kucing emas ini ada macam -macam jenis walaubagaimana pun saya belum temui loket emas bentuk kucing ini dikedai kedai emas. Mungkin disebabkan budaya dinegara kita tidak gemar memakai  loket kucing emas kerana ia dianggap "patung'..yang menjadikan ia kurang selesa untuk dipakai dalam masyarakat melayu.

Saya sendiri tidak menjual atau memiliki samaada loket kucing emas atau pun syiling emas bermotifkan gambar kucing. Pemilikkan loket kucing emas ini ataupun syiling emas motifkan kucing, ada kesukaran sedikit untuk di Ar Rahnukan kerana sesetengah ar rahnu tidak menerima emas dalam bentuk loket kucing emas atau syiling bermotifkan kucing emas kerana ia dikatakan ada bersifat ' patung'..