Sunday, July 7, 2013

RAHSIA KUCING EMAS TERBONGKAR




Kucing yang dibela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain.

Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Pada kebudayaan mesir kuno terdapat mitos yang terkenal mengenai seorang dewi berbentuk kucing bernama Bast. Bast adalah dewi pelindung rumah, kucing dan pelindung ladang dari serangan tikus, kadang-kadang mempengaruhi beberapa aspek dalam peperangan dan menjelma dalam bentuk singa betina.

Kecintaan manusia pada kucing ini diabadikan dalam pelbagai bentuk samaada patung - patung yang diperbuat daripada batu dan juga emas.

Selain itu kucing juga di abadikan pada syiling emas bagi menunjukan kecintaan manusia pada kucing.




Loket kucing emas juga ada dibentuk untuk jualan dan mungkin loket - loket emas bentuk kucing emas ini akan dibeli oleh peminat kucing.


Loket kucing emas ini ada macam -macam jenis walaubagaimana pun saya belum temui loket emas bentuk kucing ini dikedai kedai emas. Mungkin disebabkan budaya dinegara kita tidak gemar memakai  loket kucing emas kerana ia dianggap "patung'..yang menjadikan ia kurang selesa untuk dipakai dalam masyarakat melayu.

Saya sendiri tidak menjual atau memiliki samaada loket kucing emas atau pun syiling emas bermotifkan gambar kucing. Pemilikkan loket kucing emas ini ataupun syiling emas motifkan kucing, ada kesukaran sedikit untuk di Ar Rahnukan kerana sesetengah ar rahnu tidak menerima emas dalam bentuk loket kucing emas atau syiling bermotifkan kucing emas kerana ia dikatakan ada bersifat ' patung'..

No comments: