Wednesday, April 28, 2010

Pengalaman Membeli Emas

Pernahkah anda membeli emas?. Saya yakin sebahagian besar daripada kita pernah membeli emas terutama barang kemas. Saya juga suatu masa dahulu pernah membeli barang kemas seperti rantai kaki dan juga gelang tangan daripada emas.

Namun pada masa itu kita membeli emas untuk melawa aje dan sikit - sikit tahu bahawa harga emas naik dan kita boleh buat duit jika jual emas berkenaan. Namun perkara berkaitan pelaburan dan simpanan emas ini masih lagi jangal bagi saya suatu masa dahulu.

Pada masa dahulu..sebenarnya tak lama pun..kira - kira tahun 2003 harga emas adalah RM43.00 untuk satu gram namun kini ia telah melambung sehingga RM140.00 untuk satu gram. Saya pada awalnya tak minat pun nak beli emas sebagai barang kemas ataupun pelaburan serta simpanan. Namun setelah meneliti semua jenis pelaburan serta membeli dan membaca buku ini;



Minat terus timbul dan mula mengikuti perkembangan perniagaan serta pelaburan emas ini dengan mengikuti penerangan serta kursus yang dianjurkan oleh Syarikat Public Gold.

Syarikat Public Gold merupakan syarikat yang pertama di Malaysia memasarkan emas dalam bentuk emas bar atau gold bar khas untuk simpanan dan pelaburan.

No comments: