Sunday, May 30, 2010

Jual Emas, Beli Emas, Gadai Emas dan Jaminan Beli Balik


Kekadang ada orang tanya saya bila dah beli emas public gold ini nak buat apa ?. Sebenarnya kita beli emas public gold ini adalah untuk menyimpan kekayaan kita sebenar kerana, jika kita beli emas ini , harganya semakin meningkat.

Bandingan yang mudah adalah jika kita beli kereta, nilai kereta itu akan merosot setiap tahun, manakala emas semakin naik. Oleh itu kita beli emas public gold, kita simpan dan bila harga belian balik telah naik , anda boleh jual emas itu semula kepada saya ataupun kepada public gold dengan harga yang telah ditetapkan oleh harga belian balik Public Gold. Ini merupakan Jaminan Belian Balik emas ini oleh syarikat.

Suka saya kongsikan disini, jika anda beli emas public gold ini, anda akan dapat emas dan anda boleh buat apa saya dengan emas yang ada ditangan anda tersebut. Jika terdesak nak pakai duit, anda boleh gadaikan di pajak gadai islam Ar Rahnu.

Dinegara kita banyak terdapat pajak gadai islam ini seperti Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM).

Selain itu terdapat lagi beberapa Ar Rahnu untuk keterangan lanjut KLIK;

  1. Ar Rahnu YaPEIM
2. Ar Rahnu KOTANI

3 . AR RAHN








Saturday, May 29, 2010

Jual Beli Emas Semakin Rancak Berkembang Diseluruh Dunia

Jual beli emas semakin berkembang pesat diseluruh dunia pada ketika ini. Semakin ramai orang diseluruh dunia membeli emas samada jongkong emas mahu pun syiling emas. Ini berikutan harga emas telah naik begitu mendadak pada bulan Mei ini yang mana telah mencecah keparas lebih USD 1200 per oz dan dijangkakan dengan perkembangan ini harga emas akan melonjak keparas yang tinggi USD 1300 per oz pada hujung tahun ini. Oleh itu saya yakin belilah emas anda sekarang demi menggukuhkan simpanan kekayaan anda.

Kerancakan semakin ramai yang mula membeli dan menyimpan emas dapat dilihat dinegara Amerika Syarikat sendiri, dimana United State Mint akan mula memasarkan Syilling Emas American Buffalo Gold Proof 2010 pada 3 June 2010. Harga syilling emas ini akan dijual mengikut harga emas semasa.


Selain itu adalah diberitakan bahawa rakyat negara Jerman pun amat berminat untuk membeli dan menyimpan emas hinggakan ada yang sanggup ke Switzerland untuk membeli emas sama ada dalam bentuk syilling atau bar emas.

Selain negara kita, terdapat banyak negara lain yang turut sama mengeluarkan syilling emas untuk dimiliki oleh rakyat mereka.


Bagaimana pula keadaan negara kita, suka saya mengesyorkan anda semua simpanlah kekayaan anda dalam bentuk emas, teutama emas bar yang dikeluarkan oleh Public Gold dan jika berminat sila hubungi saya, kerana anda lihat sahaja laporan akhbar ini dan fikirkan lah......

( Klik gambar untuk besarkan)


Pilihan di tangan anda, buatlah pilihan bijak untuk menyimpan kekayaan anda yang sebenar dan cara terbaik adalah Simpan Emas !.




Harga Emas Bar Public Gold Pada 29 Mei 2010 dan dijangka naik lagi penhujung tahun ini.


Kenaikan harga emas pada USD1214.30 per oz..pada 29 Mei 2010

Sunday, May 16, 2010

Bagaimana nak mula simpan atau melabur dengan emas ?


Bagaimana kita nak mula simpan dan buat pelaburan emas ini ?. Soalan yang sering saya terima kerana ramai yang berminat namun tak tahu nak mula. Semua pelaburan bermula dengan modal. Oleh itu kita kena tengok berapa modal tunai yang kita ada ataupun yang sanggup kita adakan.

Cara mudah saya adalah kita bermula dengan secara kecilan dengan kata - kata ' A thousand journey begins with a fist step' , kita boleh mula dengan beli 20 gram emas public gold ataupun paling tidak 1 Dinar Public Dinar. Cuba beli ini dahulu..saya yakin anda akan alami daya tarikan emas ini dan emas yang sedikit ini mampu menarik emas yang banyak.

Amat sukar saya nak ceritakan disini, anda kena alami dengan beli sendiri dan pegang emas itu ditangan anda. Ini kerana sifat manusia ' Jika manusia diberi segunung emas, dia nak segunung emas lagi!' , percayalah bahawa sifat mula berjimat dan menambung akan mula timbul dalam diri anda..seterus ini sifat nak TAMBAH LAGI KETULAN EMAS ini akan terbina dengan sendiri dalamjiwa anda..pun begitu suka saya kongsi..kita jangan lupa berzakat dan bersedekah...takut terkena pulak penyakit kedekut..Qarun...

Beginilah yang berlaku pada banyak pelanggan saya..ramai dah mula nak tambah koleksi emas lagi..hinggakan ada yang sunggup buat kutu kat opis..sebab nak beli emas ...

Friday, May 14, 2010

Jual Beli Emas Perlu Ada Bisnes Kad

Jual Emas, Beli Emas, Emas Jongkong kita perlu ada bisnes kad. Hari ini saya dah terima bisnes kad yang saya tempah dari sahabat. Seperi yang dinasihati oleh sifu emas tersohor En. Syukor, saya pun dah buat 1000 keping bisnes kad.

Bisnes kad ini katanya amat penting untuk kita memperkenalkan perniagaan kita.Oleh itu setiap kali kita bertemu orang atau bakal pelanggan kit berikan bisnes kad ini. Bisnes kad merupakan satu marketing tool yang berguna. Orang mudah nak simpan dan jika dia ada berminat nak beli emas ini boleh hubungi kita.


Ini kad bisnes perniagaan jual beli emas public gold


Ini kad biz public dinar. Namun kedua - dua gambar adalah pada satu kad sahaja. Ini merupakan bahagian belakang.

Monday, May 10, 2010

Kenapa Kita Perlu Beli Dan Simpan Emas Sekarang

Banyak orang bertanya kepada saya kenapa perlu kita beli emas dan simpan emas sekarang!. Jawapan mudah saya adalah kerana harga emas sentiasa meningkat setiap tahun dan menyimpan emas merupakan simpanan kekayaan kita yang sebenar.



Ini graf kenaikan harga emas dunia dalam USD/oz daripada bulan Januari 2009 hingga Disember 2009. Harga Emas kini telah mencecah USD1200/oz

Saturday, May 8, 2010

Jenis - Jenis Emas dan Ilmu Emas


Bila kita nak buat sesuatu, perkara yang pertama perlu kita lakukan adalah mencari ilmu berkatian dengan perkara berkenaan.

Begitulah saya, terbitnya minat untuk menceburi bidang perniagaan emas ini adalah setelah saya membeli sebuah ebook Rahsia Emas Yang Hilang.

Ebook ini banyak menjelaskan perkara - perkara yang berkaitan dengan emas dan pelaburan emas yang amat menguntungkan. Sesuai dengan hadis;

“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang menghendaki kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Hadith riwayat Tirmidzi

Oleh itu saya syorkan kepada anda belilah buku ini, kerana tanpa ilmu, kita mungkin tak jelas apa yang ingin kita ceburi atau laksanakan.

Beli buku anda klik sini >> Beli eBuku Emas

Kemudian saya juga mula mempelajari perkara yang berkaitan dengan jenis - jenis emas dan mula mengetahui emas ini rupanya ada pelbagai gred atau jenis seperti EMAS 24 karat,Emas 22 karat,Emas 20 karat, Emas 18 karat, Emas 16 karat, Emas 14 Karat, Emas 12 Karat, dan Emas 10 Karat.

Emas tulin atau pure gold adalah Emas 24 Karat atau ketulinan 99.99% dan lebih dikenali Emas 999 manakala Emas yang digunakan untuk barang kemas adalah Emas 22 Karat atau juga lebih dikenali sebagai Emas 916.

Oleh itu bila karat emas atau jenis emas itu berbeza maka harga yang ditawarkan dalam jual beli emas ini sudah tentu berbeza...Disebabkan pelbagai jenis emas inilah kita perlu berhati - hati dalam membeli emas.

Bagi saya untuk belian dan simpanan emas untuk memaksimakan keuntungan pelaburan jangkamasa yang panjang jenis emas yang terbaik adalah jongkong emas 999.99 atau emas 24k dan semestinya emas Public Gold.





Nak terlibat dalam perniagaan emas ini pun saya pergi kursus khas pada tahun 2009.

Friday, May 7, 2010

Daya Tarikan Aura Emas

Memiliki, menyimpan dan memakai emas, mempunyai aura emas tarikan tersendiri. Emas sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri semenjak zaman dahulu kala lagi hingga kini.

Thursday, May 6, 2010

Jual Beli Dinar Emas Public Dinar

Jual beli Dinar Emas Public Dinar merupakan satu lagi jenis perniagaan emas yang saya jalankan. Saya juga merupakan agent Public Gold untuk memasarkan produk Dinar Emas. Dinar Emas Public Dinar ini diperbuat daripada emas 916 dan berat untuk satu dinar emas ini adalah 4.25 gram emas 916.

Dinar Emas Public Dinar ini didatangkan dengan 3 jenis mengikut nilai dinar iaitu 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar. Antara kelebihan membeli Dinar adalah kita dapat membuat simpanan emas secara kecilan kerana harga 1 Dinar agak murah iaitu sekitar RM565 pada masa ini namun harga sebenar dinar adalah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh syarikat Public Fine Gold International Sdn. Bhd ( 818840-U).


Pembelian Dinar Emas ini tidak dikenakan sebarang kos penghantaran kerana untuk memenuhi kehendak sebenar dalam pembelian dinar. Spesifikasi dinar emas public dinar ini boleh dilihat pada gambar dibawah ini. Jika anda berminat untuk memiliki dan memulakan simpanan emas, anda boleh mula membeli dinar emas ini.

Dinar Emas juga mengalami kenaikan sama seperti emas 916..Dengan konsep belian balik oleh syarikat, pelaburan jangkamasa panjang anda dalam dinar emas pasti berbaloi.

Emas Public Gold dan Dinar Emas Public Dinar ini dipasarkan oleh satu syarikat yang sama iaitu Public Fine Gold International Sdn. Bhd ( 818840-U)

Pada masa posting ini di tulis pun harga emas tengah naik menggila dan harga dinar emas yang dijual juga akan turut mengalami perubahan harga setiap 20 minit mengikut pasaran semasa.


Spesifikasi Dinar Emas



Contoh harga Public Dinar pada 14 Oktober 2009



Contoh perubahan harga Dinar Emas 11:55 PM 6/5/2010


Contoh harga dinar emas pada 7/05/2010 12:15 AM
Harga ada naik ooo...jika dibanding Oktober tahun 2009


Oleh itu mulakan simpanan emas anda sekarang samaada untuk emas jongkong ataupun Dinar Emas Public Gold. Hubungi saya untuk tempahan pada harga semasa.

ANDA BELI EMAS, ANDA DAPAT EMAS DAN ANDA SIMPAN....INSYA ALLAH,
ANDA TAK LEMAS.
..



Saturday, May 1, 2010

Pelaburan Emas Suatu Perbandingan

Simpanan Emas sebagai suatu bentuk pelaburan jangka panjang merupakan suatu perkara baru bagi sebahagian daripada kita. Namun begitu kerana minat dan kecantikan ramai diantara wanita kita daripada dahulu hingga sekarang amat gemar membeli emas dalam bentuk barang kemas.

Pembelian emas dalam bentuk barang kemas ini secara tak langsung menjadikan ia suatu bentuk pelaburan emas dalam jangka masa yang panjang tanpa disedari.

Walaubagaimana pun jika kita membeli emas untuk pelaburan jangkamasa yang panjang sudah pasti kita perlu menilai semula tahap pelaburan emas kita supaya kita mendapat pulangan yang maksima. Saya seperti wanita yang lain suka membeli barang kemas pun begitu tidak lah banyak pun.

Oleh itu saya kongsikan pengalaman membeli barang kemas ini. Saya pernah beli seutas rantai kecik aje pada suatu masa dahulu.Bila harga emas naik kita pun mula nak jual..munkin kita nak tukar beli yang baru dan kita pun pergi kedai emas nak jual balik..yang kita tak sedar bahawa.. nilai yang kita nak jual itu akan di tolak sebanyak 15 % hingga 20 % mengikut harga pasaran.


Contoh resit barang kemas yang saya pernah beli..sekarang dah tak de...he..he..




Awal - awal dah tulis belakang resit tolak 20%.


Pada masa itu kita pun tak kisah sebab kita tolak pun harga mahal namun jika kita kaji balik,kehilangannya cukup besar jika kita fikir daripada aspek pelaburan. Sebagai contoh jika kita pada tahun 2003 beli emas 20 gram pada harga RM500 dan katakan lah pada tahun ini harganya dah jadi RM1000.0 . Jika kita nak jual balik dengan susut nilai kedai emas sebanyak 20% , ini bererti kita dah kekurangan RM200.00 begitu sahaja !, banyak ni weh...... Sedangkan emas yang kita nak jual tu satu gram pun tak kurang daripada berat asalnya. Mungkin kerana inilah kita jarang dengar kedai emas tutup atau bangkrap !.....

Berbanding dengan harga emas yang dijual oleh Public Gold ini, belian balik adalah kurangnya antara 6% - 7% sahaja. Oleh itu jika anda ingin membuat pelaburan emas , belilah emas Public Gold ini...Insya Allah dengan kenaikan harga emas yang semakin menggila ini, dalam jangka masa yang panjang saya yakin kita mampu memperolehi pulangan lebih 20% setahun.



Perbezaan harga jualan dan belian emas Public Gold rendah..


Antara Iklan jual beli emas...Emas Lama dah kena tolak 15 %...

Oleh itu jika beli emas untuk pelaburan jangka masa panjang , belilah Emas Public Gold daripada saya.....jika dah beli boleh jual balik kepada saya.Dan yang lebih menarik jika terdesak nak pakai duit boleh pergi gadai dekat Ar Rahnu Agro Bank...dapat pinjaman lebih kurang 60 - 65 % harga emas semasa. Bila kita dah ade duit boleh tebus balik, hanya bayar upah simpan aje. Kita boleh pinjam untuk tempoh masa 6 bulan..bila kita dah tebus harga emas pada masa itu dah naik...Insya Allah..tidak ini lebih untung...duit dapat guna emas masih ada..dalam milikan kita.

Ini satu lagi kelebihan memiliki jongkong emas PG..ini..berbanding jika kita melabur dalam Gold Investment Account ( GIA)..Jika dalam GIA walaupun harga belian murah sikit..namun jika kita nak pakai duit..kita perlu jual pada harga semasa...bila dah jual tolak dalam buku akaun la...tak boleh nak pi gadai.

Nak pergi jual perlu ikut time bank buka ...oleh itu fikirkan yang terbaik...untuk anda...dan buat pilihan yang bijak....



Untuk keterangan AR _ RAHNU boleh layari > AR- RAHNU AGORBANK

Klik gambar untuk lebih jelas..

Emas yang Tulen dan Syarikat Berdaftar.

Saya Asikin Ab.Hamid merupakan agent pemasaran emas jongkong yang dijual oleh syarikat Public Gold yang memiliki ibupejabat di Pulau Pinang. Syarikat ini sah berdaftar untuk mengeluar dan memasarkan emas dinegara kita.

Syarikat ini pernah dimuncul dalam beberapa siaran TV antaranya dalam berita TV1 RTM Malaysia. Saya kongsikan siaran Emas Public Gold di Berita TV1 RTM.