Sunday, August 15, 2010

Dinar Kelantan Habis Terjual..


Hari ini hari ke lima kita berpuasa dan hari ini juga saya ada menerima panggilan talipon daripada saudara kita di Kelantan yang memaklumkan bahawa Dinar Kelantan yang baru dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan SUDAH HABIS TERJUAL !.

Laris macam goreng pisang..walaupun 1 Dinar dijual dengan harga RM580.00..Begitulah hebatnya emas dan dinar ini..so kita pun tak sempat nak beli..


Hari ini juga kita terima hadiah daripada hubby kita sebuah buku ' RAMADAN TIBA LAGI' sebagai hadiah hari jadi kita..katanya dia beli di Masjid Taman Subang Perdana..buku dijual oleh ustaz yang memberikan tazkirah semasa rehat solat sunat Terawih.

Saya telah meneliti secara sepintas lalu buku ini dan mendapati ianya amat menarik penuh dengan informasi dan panduan berkaitan puasa dan juga bulan ramadan yang mulia ini. Untuk kaum ibu juga didalam buku ini terdapat resepi - resepi menarik untuk dicuba sebagai juadah berbuka puasa dan juga untuk hidangan berhari raya.

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah kita semua fahami serta dimuatkan gambar berwarna warni  dan amat sesuai untuk jadikan bahan bacaan seisi keluarga. Penulis buku ini juga ada menulis diblognya yang anda dapat lihat > http://iktibaronline.blogspot.com/

Oleh itu disamping membeli emas sebagai simpanan kekayaan yang sebenar, saya syorkan anda membeli buku ini untuk dijadikan panduan berguna terutama dibulan ramadahan ini. Saya yakin buku ini boleh anda perolehi dikedai buku yang berhampiran rumah anda untuk dijadikan bahan bacaan se isi keluarga.

No comments: