Rahsia rantai emas i Series Publc Gold terbongkar kini !. Ini satu lagi pendedahan berani oleh saya untuk pengetahuan dan kebaikan semua pembaca saya hari ini.
Pada 19 Julai 2011 syarikat Public Gold telah mengeluarkan satu lagi produk emas fizikal dalam bentuk rantai leher yang dikenali sebagai pakej RANTAI EMAS 'i-SERIES'.
Rantai emas ini dibuat dengan ketulenan emas 22K atau lebih dikenali dengan emas 916, yakni sama dengan jenis emas yang dijual di kedai - kedai emas.
Lebih menarik rantai emas ini dikeluarkan mengikut berat 20gram , 50gram , 100gram dan insya Allah ..akan datang dalam berat 5gram dan 10gram.
Sebaik sahaja Public Gold melancarkan produk baru rantai emas i-Series ini saya selaku Master Dealer Public Gold terus membuat penyelidikan berkaitan rantai emas 916 i -Series ini dan hasil kajian saya, saya mendapati rantai emas ini mempunyai kelebihan yang hebat dan menjadikan pemilikan rantai ini umpama kata ' MENANG MEMBELI, MENANG MEMAKAI SERTA MENANG MENYIMPAN !'.
Kehebatan pemilikan rantai ini dapat saya ringkaskan melalui singkatan Rahsia 5P yang saya bongkarkan seperti berikut :-
1. PEMBELIAN BERPATUTAN DAN MUDAH
Satu daripada kelebihan pembelian rantai emas i Series ini, adalah kita boleh membelinya secara online ataupun pesan terus daripada saya di talian 017 3457478 dan harga yang ditetapkan untuk penjualan rantai emas i series Public Gold ini adalah mengikut HARGA EMAS SEMASA yang berubah setiap 20 minit.
Apa faedah pembelian seperti ini ?.Ini bermakna anda boleh membeli pada harga emas dunia murah atau pun pada harga yang anda fikirkan anda patut beli. Untuk makluman anda harga emas dunia akan berubah setiap minit..jadi dengan pembelian rantai emas i series ini..ada anda boleh beli rantai ini pada harga yang agak murah sedikit bila harga emas dunia jatuh sedikit.
Apa yang anda boleh buat adalah lihat harga emas dunia yang ada dilaman web ini, dan beli harga pada harga yang anda suka. Keadaan ini berbeza jika kita beli rantai emas di kedai, kerana harga rantai itu telah di tetapkan dan jarang mengikut harga semasa terkini !.
Selain daripada itu pembelian rantai emas i series ini TIDAK DIKENAKAN UPAH TUKANG atau WORKMANSHIP !(yang jika di kedai biasa boleh mencecah puluhan ringgit atau ratusan ringgit bergantung kepada design atau rekabentuk)..ini bermakna anda hanya membeli nilai emas semasa sahaja dan sedikit kos penghantaran.
Walaubagaimana pun sehingga 31 Ogos 2011, tiada kos penghantaran dikenakan untuk pembelian rantai emas i Series ini. Secara ringkasnya, jika anda membeli rantai emas i series ini, harganya adalah lebih murah berbandingkan dengan harga rantai emas dipasaran !.(kiraan pada 30 Julai 2011, Emas 916 mengikut berat/gram, Rantai Emas i Series Public Gold bernilai RM162.0/gram manakala harga emas yang dicadangkan oleh Persatuan Peniaga Emas adalah RM173.0/gram.
2. PENJUALAN SEMUAL ADIL
Pemilik rantai emas i Series ini sudah pasti akan berpuas hati kerana jika anda ingin menjual balik rantai emas ini kepada syarikat Public Gold, syarikat akan hanya menolak 10% daripada nilai semasa dan jika kita bandingkan kita membeli rantai emas di kedai,kedai berkenaan akan membeli balik emas itu dengan kadar susut nilai antara 16- 25 % !. Ini adalah jelas pemilik rantai emas i series diberikan layanan yang adil dan saksama.
3. PERHIASAN CANTIK
Rantai ini boleh kita jadikan perhiasan yang cantik terutama menjelang hari raya ini dan kita juga boleh menambah keanggunan dengan melekapkan rantai ini dengan sebuah loket emas seperti gambar diatas.
4. PELABURAN BIJAK
Orang lelaki Islam adalah di haramkan memakai rantai emas, namun bagi orang lelaki, anda boleh membeli rantai ini untuk hadiah kepada yang tersayang ataupun beli dan simpan sebagai bentuk pelaburan yang amat menguntungkan kerana harga emas sentiasa naik dan nilai susut jualan balik hanyalah 10 % sahaja yakni lebih sedikit jika anda membeli dan menyimpan jongkong emas Public Gold.Untuk makluman harga emas dijangka mencecah melebih RM200.0/gram dalam tahun -tahun akan datang !.Oleh itu beli rantai emas i series SEKARANG !
5. PINJAM MUDAH
Membeli dan menyimpan rantai emas i SERIES Public Gold selain harga yang berpatutan, dijadikan perhiasan serta pelaburan jangka panjang..anda juga tidak perlu risau jika terdesak dalam kewangan, kerana dengan mudah anda BOLEH MENGADAIKAN RANTAI EMAS I SERIES ini dimana - mana Ar Rahnu kerana ia merupakan BARANG KEMAS!.
Oleh itu hubungi saya jika anda berminat nak beli rantai emas i Series ini di talian 017 345 7478