![]() |
PROMOSI BERMULA 1 MAY 2012 - 30 JUNE 2012 |
Monday, April 30, 2012
PROMOSI TRADE IN EMAS LAMA KE EMAS PUBLIC GOLD KEMBALI LAGI
Wednesday, April 18, 2012
Ulang Tahun Ke Dua Perniagaan Emas Secara Online
Syukur Alhamdulillah pada hari ini genaplah dua tahun saya telah menjalankan perniagaan emas ini bersama Public Gold. Daripada seorang insan yang tidak tahu langsung berkaitan dengan emas bahkan tak berapa minat pun membeli dan menyimpan emas, saya kini menjadi perniaga emas !.
Perniagaan emas ini amat menguntungkan dan sukar untuk mengalami kerugian, inilah intipati pengalaman yang saya perolehi selama mana 2 tahun berniaga emas ini. Selama dua tahun ini banyak ilmu yang saya dapat pelajari serta pengalaman pahit maung berniaga emas ini.
Berniaga emas ini banyak memberi kelebihan dan lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t jua kerana setiap tahun kita wajib mengeluarkan zakat emas ini namun dengan berniaga emas ini, anda akan dapat lihat kesan kehebatan zakat itu sendiri yang mana selepas mengeluarkan zakat, insya Allah rezeki anda akan berganda - ganda.
Saya juga bersyukur kepada Allah s.w.,t jua kerana dengan limpah rahmatNya serta sedikit ilmu dan pengalaman yang ada saya telah berjaya membimbing lebih daripada 50 orang menjadi rakan niaga (yakni team asikin), pelabur, penyimpan emas bersama saya.
Berniaga emas ini bagi saya perlulah kita bergerak dalam kumpulan ataupun jemaah, kerana dalam kumpulan ini kita dapat berbincang dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain.
Menyertai ataupun menjalankan perniagaan emas tanpa ilmu dan bimbingan daripada pakar ataupun rakan -rakan boleh menjadikan anda jauh terpesong seumpama kisah orang buta dengan gajah !.
![]() |
Kisah Orang Buta Dengan Gajah, Jadikan Pengajaran |
"Satu cerita tersohor dari negara China menceritakan tentang seorang raja yang mengumpulkan lima orang buta dan meminta mereka untuk meraba seekor gajah lalu menceritakan seperti apa gajah itu.
Orang buta pertama meraba belalai gajah tersebut dan mengatakan bahwa gajah itu seperti ular; orang buta berikutnya yang meraba telinga gajah mengatakan bahwa gajah itu seperti kipas angin yang besar.
Orang buta ketiga meraba tubuh gajah tersebut dan mengatakan bahwa gajah itu seperti tembok; sementara orang buta yang meraba kakinya menganggap bahwa gajah itu seperti batang pohon.
Dan orang terakhir yang memegang ekor binatang besar itu sangat yakin bahwa gajah tidak lebih dari seutas tali yang besar.
Tak satu pun dari orang-orang buta itu mampu menggambarkan bentuk gajah yang sebenarnya. Cerita itu menggambarkan bagaimana orang yang tidak mampu melihat suatu keadaan dari berbagai sudut pandang, sehingga tidak mampu menemukan kebenaran" dan jika dalam perniagaan emas ini anda mampu mengalami kerugian, ditipu dan pelbagai ranjau dalam menuju kejayaan.
Nak berjaya kita perlu bersama orang yang berjaya
Saya buat bisnes perniagaan emas ini secara online selama 2 tahun dengan dibantu dan disokong sepenuhnya oleh suami saya . Nak buat apa jua bisnes secara online bukan sesuatu yang sukar jika kita mahu belajar dan keluarkan sedikit belanja sebagai suatu bentuk pelaburan jua..yakni pelaburan keatas ilmu.
Saya dan suami banyak belajar bisnes online secara online juga dan sebahagiannya kami belajar jika anda nak tahu kat sini . KLIK > BELAJAR BISNES ONLINE
Belajar ini sudah pasti berterusan dan sepanjang hayat..dan saya juga banyak baca buku yang saya beli setiap bulan.
Oleh itu jika kepada pembaca yang ingin membeli emas fizikal ini atau pun menyertai pelaburan dan perniagaan emas bersama saya dan Public Gold , boleh dengan hubungi saya segera ;
ASIKIN AB.HAMID 017 345 7475 DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.
Saturday, April 7, 2012
RAHSIA DINAR EMAS SEBAGAI MASKAWIN DIBONGKAR OLEH USTAZ AZHAR IDRUS
Dinar emas semakin popular dijadikan maskahwin pada masa ini terutama dikalangan pasangan muda yang sedar akan kebaikan menyimpan emas. Persoalannya.. boleh ke ?.
Untuk menjawab tontonlah video ini..ulasan yang dibuat oleh yang berbahagia Ustaz Azhar Idrus berkaitan maskawin..
Kepada semua pembaca yang akan bernikah saya ucapakan;
Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”
Jika anda ingin dapatkan dinar emas boleh hubungi saya di talian 017 345 7478 atau hubungi nombor rakan-rakan saya yang tertera dilama web ini.
Bagi semua pengantin saya doakan anda semua beroleh bahagia dunia dan akhirat ..amin..
Sunday, April 1, 2012
Sudahkah Anda Bersedia Membuat Persiapan ? Jika Tidak Mari Berniaga Emas
Hari ini suka saya menarik perhatian pembaca berkenaan masa depan yang akan kita semua tempuhi..ya zaman muda belia kita pasti akan berlalu pergi..ini suatu kepastian yang tidak dapat kita tolak.
Hari ini pun dah 1 April 2012, sudah 3 bulan berlalu untuk tahun ini. Bagaimana dengan anda dan pencapaian anda terutama dari aspek pengukuhan ekonomi diri ? .Saya doakan anda sentiasa beroleh bahagia didunia dan akhirat.
Hari tuan pasti akan mendatang, jika kita hari ini bekerja, sampai masa kita akan pencen dan lihat keratan akhbar yang saya pamerkan..ada yang dah jangkakan, jika kita tiada persedian awal maka kita mungkin jadi miskin selepas pencen dan perlu bekerja keras lagi. Isunya mampukah kita berkerja pada usia 55 ataun 60 tahun ?.
Dan lebih mengejutkan duit RM1 juta pun dikatakan tidak cukup untuk kita selepas kita bersara nanti !. Oleh itu bagi saya, kita semua perlu buat persediaan daripada sekarang . Jalan paling mudah adalah menceburi bidang perniagaan emas ini ataupun kita semua mula mengumpul emas dan menyimpan emas.
Ini kerana dari tahun ketahun emas sentiasa naik harga, makna nya jika kita berniaga emas, stok emas itu akan sentiasa naik harga..inilah rahsia kenapa kita jarang dengar kedai emas bangkrap dan lingkup !.
Jika anda simpan wang kertas..lihat apa hakikatnya wang kertas ini :
Kepada pembaca yang ingin membeli emas fizikal ini atau pun menyertai pelaburan dan perniagaan emas bersama saya dan Public Gold , boleh dengan hubungi saya segera
ASIKIN AB.HAMID
017 345 7475
DAN
JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD
ATAU
NAK JADI DEALER...
JADIKAN SAYA
ASIKIN AB.HAMID PG CODE PG 001228
INTRODUCER ANDA...
Subscribe to:
Posts (Atom)