Saturday, May 26, 2012

CUCI BARANG KEMAS PERLU BERHATI-HATI TAKUT EMAS DI CURI


Cuci barang kemas yang kita pakai merupakan satu amalan yang biasa dilakukan oleh wanita yang memilki dan memakai barang kemas tak kiralah rantai emas, gelang emas , subang emas mahu pun cincin emas.


Barang kemas yang lama kita pakai almaklumlah..mungkin dah terlekat kotoran yang tidak dijangka dan perlu dicuci dan biasanya cuci barang kemas ini kita buat dikedai emas terutama sehari dua nak berhari raya ..biasa lah tu kan.

Hari ini saya ada beli Harian Metro dan terkejut baca laporan kegiatan curi emas dengan kononnya menawarkan khidmat cuci barang kemas pada orang - orang kampung. Inilah hal nya dengan emas, walaupun harga emas agak merosot sedikit kebelakangan ini, namun emas tetap berada dihati semua orang..termasuk yang nak ambil kesempatan mencuri dan menipu..

Cara curi dengan tawar khidmat cuci barang kemas ini sungguh licik..ye.kos upah cuci pun dia ambil dan emas itu pun di sapu dengan macam - macam caralah ..sama ada mungkin dipotong sikit ataupun ada kemungkinan dia kikis sikit -sikit.

Oleh itu bagi anda yang nak cuci barang kemas, berhati - hati lah..bukan tak boleh cuci barang kemas, tapi pilihlah tempat atau kedai yang ada kualiti kerja yang baik dan berwibawa..

Satu lagi pastikan sebelum anda hantar cuci atau pun hantar pi gadai di arahnu sekali pun elok timbang sebelum cuci atau gadai dan SELEPAS CUCI ATAU TEBUS..buat kat situ juga..maksud nya lepas cuci minta tukang cuci timbang terus depan kita..

Dan satu lagi anda perlu guna peninbang yang betul yang telah dikalibrasi atau ditentusahkan oleh syarikat berwibawa seperti SIRIM , kerana saya rasa kalau kita guna timbang yang buat timbang gula atau pun timbang buat timbang bahan nak buat kek..saya yakin akan memberikan bacaan yang kurang tepat..yang elok sikit guna penimbang digital..

Namun jika pandai boleh cuci sendiri..tapi pastikan anda ada ilmu cuci emas yang betul serta bahan dan alat yang betul terutama barang kemas yang ada batu permata atau pun lain - lain takut tercalar batu atau rosak..jangan jadi nak jimat atau terlalu takut nak cuci kat kedai, nanti rosak barang.

Berita Terkini




Sunday, May 13, 2012

SISTEM DAN TEKNOLOGI EMAS UNTUK DUIT SAMPINGAN SETIAP BULAN TERBONGKAR !

DRONE: TEKNOLOGI KAPAL TERBANG TANPA PEMANDU !.

Sistem dan teknologi emas yang baru sahaja diperkenalkan di Malaysia kini sedang meletop dikalangan pengiat  pemasaran dan pencari duit sampingan melalui internet.

Pada zaman yang serba canggih ini hanya mereka yang memilki ilmu dan teknologi yang hebat sahaja mampu menguasai dunia. Kita lihat sahaja dalam peperangan antarabangsa, bagaimana teknologi yang luar biasa hebat telah digunakan dalam menguasai dan memusnahkan pihak lawan.  

Kita lihat sahaja bagaimana teknologi terbaru DRONE , yaitu pesawat terbang tanpa pemandu atau pilot telah digunakan dengan sepenuhnya oleh negara barat dalam peperangan di Afghanistan. Penggunaan sistem dan  teknologi Drone , pesawat kawalan jauh ini mampu mengurangkan kemalangan jiwa dipihak yang memilkinya.

Sistem dan teknologi yang canggih seperti ini layak kita panggil sistem dan teknologi emas kerana ia amat berharga serta canggih seperti mana bahan berharga yang lain seperti minyak mentah atau ' crude oil' ia juga dikenali sebagai emas hitam.

Bagaimana dengan anda ?. Sudahkah mempelajari dan menggunakan teknologi yang hebat dalam perniagaan emas ataupun pelaburan emas anda ?. Jika anda masih lagi berada ditahap yang ' biasa-biasa' mungkin anda akan tersingkir dalam dunia persaingan pada hari ini.

Bukti jelas dapat kita lihat pada syarikat gergasi tersohor sesuatu masa dahulu, syarikat KODAK. 


Syarikat Kodak sebenar sebuah syarikat yang amat banyak berjaya kerana dengan kamera serta filem yang dikeluarkan oleh mereka banyak kenangan manis kita pada suatu masa dapat kita rakam untuk tatapan generasi hari ini. Namun kerana tidak mengikut arus sistem dan teknologi masa kini , ia kini telah jauh ditinggal oleh pesaing yang lebih baru muncul daripadanya.

Kini satu sistem dan teknologi yang baru telah diperkenalkan dinegara kita dan sedangan hangat di perkatakan dan yang lebih hebat lagi sistem dan teknologi ini mampu anda miliki serta anda mampu menjana pendapatan sampingan dengan menggunakan dan memilki sistem dan teknologi hebat ini.

Jadikan anda antara orang yang terawal memilki sistem dan teknologi pemasaran yang baru diperkenalkan dinegara kita ini.

Untuk keterangan lanjut berkaitan sistem dan tekonlogi ini ,

Tuesday, May 1, 2012

BERHATI -HATI MELABUR EMAS SUPAYA TIDAK BERPUTIH MATA ...

Sumber : HARIAN METRO 1 MEI 2012..



Harian Metro hari ini melaporkan bahawa ramai pelabur berputih mata kerana menyertai pelaburan emas ( BUKAN SYARIKAT PUBLIC GOLD) kerana keuntungan yang di janjikan nak di bayar, hingga hari ini tak dibayar - bayar !.

Kejadian berlaku di Ipoh dan kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara !..


Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.


Oleh itu jika nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;


ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.

Sumber Harian Metro :

http://www.hmetro.com.my/articles/Pelaburemasberputihmata/Article/

dapatkan akhbar Harian Metro hari ini ye..untuk lebih jelas dan info menarik..