Thursday, August 30, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 55


Salamsejahtera kepada semua pembaca dan juga rakan niaga serta pelanggan saya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka Ke 55 untuk tahun 2012.

Semuga kita semua mensyukuri  nikmat kemerdekaan ini serta menghargai jasa dan pengorbanan yang telah di lakukan oleh orang - orang yang terdahulu daripada kita.

Kemerdekaan ini memberikan kita peluang untuk hidup sejahtera dan bebas melakukan apa jua selaras dengan tuntutan perundangan negara.Kita bebas untuk bergerak, menuntut ilmu serta mengumpul kekayaan termasuk emas.


Hari ini perniagaan dan pelaburan emas semakin rancak di sana - sini kerana kesedaraan pentingnya kita menyimpan kekayaan dalam bentuk emas fizikal semakin meningkat..ini sesuatu perkembangan yang positif pada kita semua..


Bagi mereka yang belum bermula, mulakan sekarang..demi masa depan yang gemilang...


Setiap kali kita menyambut hari kemerdekaan, saya merasai dua kegembiraan  kerana ia adalah hari kemerdekaan dan juga hari kelahiran saya.....syukur Alhamdulillah..








Thursday, August 23, 2012

Emas Fizikal Tetap Jadi Buruan Dimana Jua Ia Berada


Emas fizikal merupakan logam yang amat berharga dulu kini dan selamanya. Walaupun zaman berubah emas fzikal ini tetap menjadi rebutan dan nilainya akan sentiasa naik tahun demi tahun.

Baru-baru ini emas dilaporkan telah ditemui di Kaki Gunung Tabai di Bau Sarawak dan sememangnya kerajaan ada bagi kebenaran kepada Syarikat North Borneo Gold Sdn.Bhd untuk melombong emas dikawasan ini.

Namun akibat  nilai emas semakin berharga ada juga kumpulan yang melakukan pelombongan haram di kawasan ini hingga sanggup mengorek lubang lombong yang berbahaya untuk mendapatkan lombong emas ini.

Lombong -lombong haram ini amat berbahaya pada jiwa manusia, seperti yang dilaporkan emas punya pasal manusia sanggup gadai nyawa.

Janganlah kita turuti langkah seperti ini, sebenarnya banyak cara lain yang kita boleh perolehi wang yang kemudiannya kita boleh guna untuk beli emas. Salah satu cara yang tidak memerlukan modal besar dan terbukti benar adalah KLIK > RAHSIA TAMBAH INCOME

Hari ini harga emas mula naik kenaikan nya begitu cepat juga. Bagi saya kenaikan harga emas ini sudah pasti mengembirakan pemilik emas sama ada dalam bentuk dinar , rantai ataupun jongkong emas..


Jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.



Saturday, August 18, 2012

ZAKAT EMAS 2012



Salamsejahtera..dan bertemu lagi..
Hari ini saya berasa syukur ..Alhamdulillah kerana dalam kesibukan persiapan hari raya yang akan menjelang pada 1 Syawal ini..saya sempat juga meluang masa membantu pelanggan menunaikan zakat emas miliknya di Pusat Zakat Selangor ..di Selayang pagi tadi..

Dengan kadar emas zakat RM157.64/gram jumlah keseluruhan zakat emas yang ditunaikan oleh pelanggan adalah senilai RM6701.50...ini dikira dari nilai 2.5%..

Bagi saya ini adalah suatu kepuasan kerana saya bukan saya memberikan khidmat nasihat pelaburan emas fizikal kepada pelanggan namun saya turut juga membantu pelanggan melaksanakan tanggungjawab ibadah zakat nye..

Inilah anda kelebihan berniaga emas fizikal..bagi saya , saya akan cuba berikan khidmat terbaik sebelum dan selepas jualan dibuat..setakat mana yang saya mampu dalam keterbatasan waktu yang ada..

Saya doakan pelanggan saya akan sentiasa dirahmati Allah kerana telah menunaikan suatu tuntutan agama, walaupun ia menyimpan emas fizikal..

Bagi anda yang baru bercadang nak balik beraya dikampung tu berhati - hati lah memandu ye..maklum lah kenderaan banyak dijalan raya..


Jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.



Jumpa lagi insya Allah....



Friday, August 17, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 2012..



Salamsejahtera pada semua pembaca yang masih sudi singgah diblog saya ini, saya ucapakan selamat hari raya mohon maaf zahir batin.. Pada yang balik kampung tu..hati - hati memandu..dan sebelum balik tu simpan emas anda dan pasti rumah selamat..

 Cara mudah nak simpan emas balik raya adalah..gadaikan emas anda di Ar Rahnu..dapat duit gadai tu simpan dalam bank..bila balik raya..boleh tebus emas anda dan bayar sebulan upah simpan..Insya Allah...selamat.. 

Kepada pemilik emas yang dah cukup haul dan nisab ..jangan lupa tunaikan zakatnya.. Salam mesra jumpa lagi..Insya Allah...