Friday, December 28, 2012

PERGERAKAN HARGA DINAR EMAS PUBLIC GOLD 2009 HINGGA 2012

Pelaburan emas fizikal dengan beli dan simpan emas dalam bentuk fizikal adalah suatu pelaburan jangkapanjang. Berapa lama anda perlu simpan emas ini terpulang kepada anda sendiri sebanyak mana keuntungan yang anda mahu.

Pelaburan emas fizikal ini bagi saya sama dengan membeli sebidang tanah, yang kita pasti harga tanah itu akan naik juga pada suatu masa nanti kerana tanah adalah terhad dan orang semakin ramai yang perlu tanah untuk buat rumah atau kediaman ataupun bangunan perniagaan.


 Persoalannya banyak mana dah kita beli tanah ?. Jika saya adalah banyak juga..ye..tanah nak tanam bunga le..kalau seekar dua tu..masih belum mampu lagi kerana harga tanah mahal. Disebabkan harga tanah ni tiada penunjuk turun naik setiap hari, yang kita tahu harga tanah tetap akan naik, maka yang dah beli tanah tu ..tak kisah pun perihal tanah yang di beli tu..bahkan ada tanah yang kita beli itu pun dah tumbuh lalang..pun..

Berlainan pula dengan pelaburan emas ini, disebabkan kita boleh lihat harga emas turun naik setiap minit, maka kita kekadang menjadi risau bila lihat harga emas turun atau jatuh..pada hal kita tahu harga emas akan naik dari tahun ketahun ..sama juga seperti harga tanah !..

Inilah beza nya jika kita terlibat dalam pelaburan emas fizikal berbanding dengan pelaburan tanah, pelaburan emas beri kesan saikologi kerana kita dapat lihat harga emas berubah setiap minit, bahkan kita melonjak gembira bila kita lihat harga emas naik, pada hal kita tak pernah pun beli emas !..

 Bagi anda yang dah beli emas pada tahun lepas dan juga tahun ini..janganlah risau kerana harga emas tetap akan naik pada tahun -tahun hadapan walaupun pada tahun 2012 ini harga emas mengalami penurunan yang agak ketara kerana saya yakin..Insya Allah ..harga emas tetap akan naik pada tahun -tahun akan datang!

Lihat sahaja pergerakan harga dinar emas public gold ini dari tahun 2009 hingga 2012..ade menurun nye ?


No comments: