Sunday, November 17, 2013

PROMOSI EMAS PUBLIC GOLD DI SELURUH MALAYSIA

Public Gold mengadakan booth promosi di seluruh Malaysia. Dengan sukacitanya anda dijemput bersama-sama dengan saudara-saudari dan kawan-kawan untuk meriahkan suasana booth promosi ini. Jadual booth promosi seperti berikut:


Pembaca dijemput berkunjung ke booth promosi ini yang dinyatakan pada jadual di atas bagi mengenal dengan lebih dekat PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD INI

JIKA ANDA MEMBELI SEMASA PROMOSI INI  ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 SEBAGAI INTRODUCER ANDA YA..DAN JIKA ADA PERTANYAAN BOLEH SMS ATAU CALL SAYA , ASIKIN 017 345 7478.





-->

Wednesday, November 6, 2013

ARAHNU EMAS ATAU GADAI EMAS DI PEJABAT POS.


Semua emas yang di pasarkan oleh Public Gold boleh kita Ar Rahnu di Pejabat Pos yang menawarkan kemudahan ar rahnu.

Berita ini sungguh menarik kerana jika dahulu pejabat pos hanya tempat kita buat urusan pos seperti beli stem, pos surat kemudia diadakan kemudahan bayar bil, renew roadtax dan seumpamaya..kini kita boleh gadai emas di pejabat pos yang menawarkan perkhidmatan ini.

Ar Rahnu emas ini bererti kita pinjam duit dan emas dijadikan cagaran..oleh itu bila buat ar rahnu ini kita kena bayar balik pinjaman mengikut bulanan.

Macamana nak ar rahnu emas di pejabat pos serta syaratnya..


ArRahnu@POS

Apakah jenis emas yang diterima untuk gadaian?
Kami menerima semua jenis barangan emas.

Mutu emas manakah yang diterima untuk gadaian?
Kami menerima semua mutu emas dari 999, 950, 916, 875, 835, 585 dan 375.

Adakah barang kemas yang mempunyai batu permata boleh digadai?
Ya, tetapi jumlah berat (anggaran) batu akan ditolak untuk membuat gadaian. Nilai berat tersebut bergantung kepada budi bicara penilai.

Bagaimanakah anda menguji emas?
Kami akan menimbang berat dan kami juga akan melakukan ujian asid ‘aqua regia’ untuk memastikan ketulenan emas. Densimeter juga digunakan untuk mengetahui kandungan emas.

Berapa kadar upah simpan yang dikenakan?
Kadar upah simpan bulanan sebanyak RM0.75 bagi setiap RM100 marhun.

Bagaimanakah cara pembayaran balik pembiayaan?
Bayaran secara ansuran (semasa masih dalam tempoh gadaian).
Tebus penuh, beserta jumlah upah simpan tertunggak.
Adakah ArRahnu@POS menerima bayaran balik menggunakan kad kredit/debit ataupun cek?
Tidak. Hanya bayaran tunai diterima.

Bagaimanakah saya akan menerima pembayaran setelah menggadai?
Anda akan menerima wang tunai setelah transaksi berjaya dilakukan.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan barang yang digadai?
6 bulan + lanjutan 3 bulan + lanjutan 3 bulan.Lanjutan tempoh hanya dibenarkan sekiranya pelanggan menjelaskan upah simpan tertunggak.

Harga apakah yang digunakan untuk menentukan nilai sandaran barang?
ArRahnu@POS menggunakan harga emas pasaran semasa yang digunakan dalam London Metal Exchange.

Berapakah had pembiayaan bagi seorang pelanggan?
Margin pembiayaan adalah sehingga 75%
Pembiayaan minimum adalah RM100.00
Pembiayaan maksimum bagi setiap pelanggan: RM10,000 (pada hari yang sama)
Jumlah pembiayaan terkumpul bagi setiap pelanggan: RM50,000.00.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Surat Akuan Gadaian (SAG) pelanggan hilang?
Aduan perlu dibuat segera oleh Penggadai (wakil tidak dibenarkan) di cawangan ArRahnu@POS di mana gadaian dibuat.
Penggadai dikehendaki mengisi borang Aduan Surat Gadaian Hilang dan hendaklah mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah.
Pelanggan perlu datang semula ke cawangan ArRahnu@POS bersama dokumen di atas (item ii.) bagi mendapatkan salinan surat akuan gadaian.
Penalti sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap salinan SAG yang dikeluarkan.
Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan surat gadaian?
Serta-merta jika kesemua dokumen seperti di no.10 lengkap diperolehi.

Adakah penebusan boleh dilakukan oleh wakil (selain dari penggadai asal)?
Tidak boleh. Sekiranya Penggadai tidak dapat hadir (disebabkan kematian, dipenjarakan atau dimasukkan ke hospital) wakil dibenarkan hadir dengan membawa dokumen seperti Sijil Kematian atau surat/laporan yang dikeluarkan oleh Hospital atau Jabatan Penjara.

Bolehkah barang-barang yang digadai dalam satu SAG ditebus sebahagian sahaja?
Tidak boleh. Dua atau lebih barang-barang yang digadai dalam satu SAG mestilah ditebus pada masa yang sama.

Apakah kelayakan seseorang yang ingin menggadai?
Warganegara Malaysia
Penduduk Tetap
Warga Asing
Penggadai hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk melakukan gadaian?
Warganegara Malaysia : Kad Pengenalan asal
Penduduk Tetap : Kad Penduduk Tetap
Warga Asing : pasport yang sah sekurang-kurangnya 1 tahun
Sekiranya pelanggan terlupa membawa Kad Pengenalan, adakah ArRahnu@POS menerima lesen memandu yang sah sebagai dokumen pengenalan?
Tidak.

Adakah tambahan pembiayaan boleh dilakukan?
Boleh, jika jumlah pembiayaan terkumpul penggadai masih belum melebihi RM50,000.00.

Bolehkah pelanggan membuat gadaian baru sekiranya aduan kehilangan SAG masih dalam proses?
Boleh sekiranya jumlah pembiayaan terkumpul masih belum melebihi RM50,000.00.

Apakah yang akan berlaku sekiranya penggadai tidak menebus barang gadaian selepas 12 bulan?
Barang gadaian akan dilelong pada bulan ke-13.

Jika barang yang dilelong mempunyai baki, adakah pelanggan boleh menuntut baki tersebut?
Baki lelongan akan dipulangkan kepada pelanggan setelah ditolak kos upah, baki pembiayaan yang tertunggak dan caj pentadbiran sebanyak 3%.

Siapakah yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut?
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkhidmatan ArRahnu@POS melalui:

Laman sesawang www.pos.com.my; atau
Menghubungi talian khidmat pelanggan iaitu 1-300-300-300; atau
Menguhubungi cawangan ArRahnu@POS berdekatan. Senarai cawangan boleh didapati di sini.
Adakah ArRahnu@POS menyediakan perkhidmatan lain?
Ya, kami menyediakan perkhidmatan penilaian zakat secara percuma dan juga perkhidmatan mencuci barangan kemas dengan kadar yang sangat rendah.

Apakah jaminan sekuriti yang ArRahnu@POS tawarkan kepada semua pelanggan yang membuat transaksi di sana?
Urusniaga dilaksanakan di hadapan pelanggan.
Ruang operasi dalam premis pejabat pos dilengkapi kelengkapan keselamatan seperti CCTV, alat penggera kecemasan dan bilik kebal dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaru.
Pihak ArRahnu@POS menitikberatkan pematuhan kepada setiap standard operasi
Unit Pematuhan ArRahnu@POS menjalankan audit bulanan di setiap cawangan untuk memastikan semua kakitangan mematuhi semua protocol yang ditetapkan


Dengan kemudahan ini, jika kita memiliki emas atau barang kemas jika kita terdesak nak pakai duit..boleh kita ar rahnu di pejabat pos..

-->

Monday, October 21, 2013

ZAKAT EMAS DI PAJAK GADAI ISLAM


-->

Emas yang kita gadai atau ar rahnu tu kena zakat tak ? Ramai yang tanya..saya. 

Untuk jawap ni saya petik tulisan dari Ust. Hamizul Abdul Hamid .


Soalan: Baru-baru ini saya ada terdengar dari satu ceramah, bahawa orang yang menggadaikan emas perhiasan mereka di ar-rahnu atau pajak gadai Islam juga wajib membayar zakatnya. Benarkah begitu? Bukankah apabila digadai, maka seseorang itu sudah tiada hak milik atas emas perhiasan berkenaan. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan: Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan keampunan dan maghfirah-Nya ke atas kita semua, disebabkan kesungguhan kita untuk mendalami ilmu Allah SWT khususnya dalam bab mensucikan harta kita daripada milikan orang lain dengan menunaikan zakat ke atasnya. Mudah-mudahan, jawapan yang diberikan ini mampu memberikan pencerahan terhadap isu emas perhiasan yang diletakkan di pajak gadai Islam, yang hari ini sudah menjadi suatu yang popular dalam kalangan umat Islam.

Allah SWT menjelaskan di dalam surah al-Ma’arij (70) ayat 24 dan 25: “Dan orang-orang (yang menentukan bahagian) pada hartanya menjadi hak yang termaklum (bagi golongan tertentu); (iaitu) bagi orang-orang miskin yang meminta-minta dan yang menahan dirinya (daripada meminta-minta).”

Namun begitu, sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, maka ada baiknya untuk kita menelusuri dahulu beberapa definisi perkataan yang berkait rapat dengan pergadaian dalam Islam, yang mungkin sebelum ini difahami secara tidak tepat oleh sebahagian orang awam.

Pertama, apakah makna ar-rahnu? Ar-Rahnu bermaksud, suatu kontrak yang menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran untuk menjamin pelunasan sesuatu hutang. Dalam kontrak ini, penggadai menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pegadai (pihak yang memberikan hutang). Mengikut syarak, cagaran hendaklah diserahkan oleh penggadai kepada pegadai. Cagaran akan dijual oleh pegadai untuk melunaskan hutang sekiranya hutang itu gagal dibayar oleh penggadai setelah tamat tempoh. Kemudahan ini membolehkan penggadai memperoleh pinjaman kecemasan, pinjaman perniagaan dan pinjaman untuk pembelian input. Perkataan yang sinonim bagi rahnu ialah gadaian. (Rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di http://prpm.dbp.gov.my)

Keduanya, apakah tujuan ar-rahnu ini diwujudkan? Ya, institusi pajak gadai Islam atau ar-rahnu ini ditubuhkan dengan konsep rahnu dan qardul hasan, iaitu untuk memberikan pinjaman secara yang baik di sisi syarak dan tidak menindas. Fungsi awal penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah caj kadar bunga tinggi yang dikenakan oleh pajak gadai konvensional di samping mengelakkan riba (yang menjadikan keseluruhan transaksi adalah haram dan berdosa). (Ibid)

Oleh itu, dalam bahasa orang awam yang lebih mudah difahami oleh kita, ar-rahnu adalah suatu kaedah bagi kita untuk meminjam wang dari sesebuah institusi yang menawarkan pinjaman yang halal, dengan cara kita mestilah meletakkan suatu cagaran (biasanya emas perhiasan) demi membolehkan kita mendapat pinjaman berkenaan. Apabila kita gagal atau tidak mahu membayar kembali wang yang dipinjam daripada institusi berkenaan, maka mereka akan mencairkan (menjual) barangan yang kita cagarkan, dan mereka akan mengambil jumlah yang dihutangkan kepada kita berserta dengan upah simpanan barangan (atau apa-apa servis perkhidmatan yang sesuai) dan lebihan daripadanya, akan diserahkan kembali kepada orang yang meminjam (penggadai).

Jadi, perbezaan ar-rahnu dengan pembiayaan peribadi di bank ialah, dalam pembiayaan peribadi tiada cagaran; dan dalam ar-rahnu, ada cagarannya.

Baiklah, saya juga ingin menarik perhatian di sini, bahawa dalam konteks membuat hutang di ar-rahnu, ada dua kondisi yang perlu diperhatikan.

Pertama, orang yang memang terdesak atas sesuatu keperluan, maka dia pun membuat pinjaman di ar-rahnu, emas perhiasannya dicagarkan dan sepanjang tempoh emas itu di dalam simpanan ar-rahnu, dia tidak mampu mengambilnya kembali kerana memang dia tidak mempunyai wang, maka di sini dia tidak mempunyai satu syarat wajib zakat, iaitu sempurna milik. Maka, tidak wajiblah dia berzakat atas emas yang disimpan di ar-rahnu itu.

Begitu juga, wang yang didapati hasil pinjaman itu juga, tidaklah wajib dikeluarkan zakat pendapatan ke atasnya, kerana wang itu memang diperlukannya untuk tujuan kehidupannya yang terdesak. Ini kerana, mengikut fatwa zakat pendapatan di Selangor (tahun 2010), wang hasil pinjaman juga wajib dizakatkan, kecuali ia sudah mempunyai keperluan khusus, misalnya untuk tujuan perubatan dan sebagainya.

Kedua, orang yang membuat hutang di ar-rahnu dalam kondisi dia tidak memerlukan atau bukan dalam keadaan kecemasan, sebaliknya dia menggunakan ar-rahnu sebagai tempat untuk menyimpan emas perhiasannya dengan selamat dan sengaja membiarkannya tanpa ditebus, agar apabila genap setahun disimpan, maka semasa itu harga emas sudah naik dan dia pun mendapat untung atas emas perhiasannya yang dicairkan oleh pegadai.

Maka, dalam konteks ini, dia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menebus, tetapi sengaja enggan menebus, maka hakikatnya dia mempunyai syarat sempurna milik, maka wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat ke atas emas perhiasan yang disimpan di pihak pegadai (ar-rahnu). Andai dia membiarkan hingga setahun, dan selepas itu dicairkan, dan pihak pegadai memberikan untung kepadanya, maka dia juga wajib mengeluarkan zakat ke atas keuntungan berkenaan. Begitu juga, wang pinjaman yang dia perolehi dari pihak ar-rahnu itu juga, hendaklah dikeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus (sebagai zakat pendapatan), kerana dia mendapatkannya bukan untuk tujuan tertentu yang terdesak seperti dalam kes yang pertama.

Maka, apa yang penting adalah, kita perlu melihat kepada dua kondisi di atas, iaitu adakah orang yang melakukan hutang di ar-rahnu itu adalah mereka yang dalam kesempitan kewangan, yakni mereka terpaksa berhutang demi mendapatkan wang dengan kadar segera dan dengan itu, mereka pun dapat segera melunasi keperluan-keperluan yang berbangkit dengan segera juga; ataupun mereka yang bergadai dengan maksud menjadikan ar-rahnu sebagai satu tempat melabur demi mencari keuntungan berganda di masa hadapan? Sudah pastilah natijahnya adalah berbeza.

Kesimpulannya, wajib zakat jika digadai demi pelaburan semata-mata (mencari keuntungan) dan tidak wajib zakat jika digadai atas keperluan terdesak dan kecemasan.Wallahua’lam.

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan zakat sila emailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau boleh layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my atau di www.facebook.com/LembagaZakatSelangor.MAIS.

'Sumber (http://www.hamizul.com)

Sunday, August 18, 2013

PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD BERSAMA TALIPON PINTAR ANDROID SAMSUNG GALAXY GRAND DUO PANTAS DAN TERKINI.


Pelaburan Emas Public Gold kini boleh kita permudahkan dengan penggunaan talipon pintar atau smartphone android. Baru - baru ini saya ada membeli talipon pintar samsung galaxy yang menggunakan andriod jelly bean.
Hari ini saya bukan nak cerita pasal talipon ni atau gajetnya..yang saya sendiri pun tak de berapa faham pun. Apa yang saya ingin kongsikan bawa pelaburan emas dan perniagaan emas bersama syarikat Public Gold ini telah dimajukan dengan pihak syarikat Public Gold telah buat satu aplikasi android untuk memudahkan kita menjalankan bisnes emas ini dengan guna handphone pintar aje.

Dengan ada nya aplikasi ini kita boleh download percuma dan install kat handphone kita dan guna untuk bisnes emas ini. Ini memudahkan pengguna dan juga agen perniagaan emas Public Gold untuk berurusan dengan pelanggan serta sudah pasti lebih menyakinkan pelanggan serta ada gaya lah...

Penggunaan talipon pintar dan aplikasi ini memudahkan kita kerana kini  kita tak perlu nak bawa laptop atau note book..hanya guna handphone pintar yang boleh kita masuk dalam poket aje.

Aplikasi Emas Public Gold ini membolehkan kita lihat produk - produk emas dan perak yang di jual oleh syarikat Public Gold, harga semasa dan mudah untuk agen buat pesanan.

Harga 'LIVE" Emas Public Gold yang di screenshot daripada talipon pintar .

Untuk lihat cara guna , anda boleh lihat rakaman video yang dibuat oleh suami saya ni....








Jika anda dah buat keputusan  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478 ,DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA


Wednesday, August 7, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN TIP PELABURAN EMAS MUSIM RAYA


Salamsejahtera dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri daripada saya dan juga keluarga serta warga kerja perniagaan emas dot com. Di Hari yang mulia ini saya dan keluarga serta warga kerja kami ingin memohon ampun dan maaf daripada semua pelanggan, pembaca dan juga rakan niaga perniagaan emas.

Masa berlalu begitu pantas sedar tak sedar hari ini dah merupakan hari terakhir kita di Malaysia berpuasa dan esok 1 Syawal 1434 H kita akan berhari raya.

Bila sebut hari raya, tak lari daripada tradisi balik kampung menemui ayah bonda dan di doakan semuga rakan yang balik kampung itu memandu dengan berhati - hati supaya semua selamat sampai.

Jika bergaya di Hari Raya dengan berhati - hati sedikit dan sentiasa berwaspada akan barang kemas kita takut - takut ada yang terlupa letak dan semupamanya.

Untuk makluman juga walaupun hari raya banyak kedai emas tutup, tapi nak beli emas Public Gold ini masih boleh dilakukan melalui laman web..KLIK

Jika ada barang kemas yang tak dibawa balik kampung, boleh simpan dalam safebox di bank atau pun syarikat swasta. 

Jika tak de safe box..cara mudah adalah pi ar rahnukan emas kita kat ar rahnu bank..bila balik raya boleh tebus semula..

Ok nampaknya semua orang sibuk nak beraya dah.. Sekali lagi selamat hari raya daripada kami..

Namun ,jika anda dah buat keputusan  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;
ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478 ,DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...
JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA



-->

Sunday, July 7, 2013

RAHSIA KUCING EMAS TERBONGKAR




Kucing yang dibela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain.

Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Pada kebudayaan mesir kuno terdapat mitos yang terkenal mengenai seorang dewi berbentuk kucing bernama Bast. Bast adalah dewi pelindung rumah, kucing dan pelindung ladang dari serangan tikus, kadang-kadang mempengaruhi beberapa aspek dalam peperangan dan menjelma dalam bentuk singa betina.

Kecintaan manusia pada kucing ini diabadikan dalam pelbagai bentuk samaada patung - patung yang diperbuat daripada batu dan juga emas.

Selain itu kucing juga di abadikan pada syiling emas bagi menunjukan kecintaan manusia pada kucing.




Loket kucing emas juga ada dibentuk untuk jualan dan mungkin loket - loket emas bentuk kucing emas ini akan dibeli oleh peminat kucing.


Loket kucing emas ini ada macam -macam jenis walaubagaimana pun saya belum temui loket emas bentuk kucing ini dikedai kedai emas. Mungkin disebabkan budaya dinegara kita tidak gemar memakai  loket kucing emas kerana ia dianggap "patung'..yang menjadikan ia kurang selesa untuk dipakai dalam masyarakat melayu.

Saya sendiri tidak menjual atau memiliki samaada loket kucing emas atau pun syiling emas bermotifkan gambar kucing. Pemilikkan loket kucing emas ini ataupun syiling emas motifkan kucing, ada kesukaran sedikit untuk di Ar Rahnukan kerana sesetengah ar rahnu tidak menerima emas dalam bentuk loket kucing emas atau syiling bermotifkan kucing emas kerana ia dikatakan ada bersifat ' patung'..

Sunday, June 30, 2013

BELI EMAS FIZIKAL SIMPANAN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN



Beli emas fizikal merupakan simpanan terbaik sepanjang zaman kerana ia mampan ekonomi maksudnya emas fizikal seperti rantai emas, bar emas dan dinar emas mampu memberikan prestasi nilai yang baik sepanjang zaman.

Jika kita lihat daripada dahulu hingga sekarang ramai yang membeli dan menyimpan barang kemas seperti rantai emas, cincin emas, gelang emas dan kini penggunaan emas sebagai barang perhiasan dipelbagaikan lagi dengan teknologi dan rekabentuk terkini seperi butang baju emas, kerongsang dan seumpamanya.

Rantai emas Public Gold.


Satu daripada kelebihan menyimpan emas fizikal ini, kita mudah mendapat tunai jika kita terdesak memerlukan duit tunai. Cara mudah tanpa kita kehilangan barang kemas yang kita miliki adalah dengan mengadainya sama ada di kedai pajak konvensional ataupun kedai pajak berkonsep islamik seperti Ar Rahnu.

Kini semakin ramai yang menyedari kebaikan menyimpan emas fizikal ini hinggakan pajak gadai dan ar rahnu pun tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan..dimana sahaja..


Inilah kelebihan menyimpan emas fizikal berbanding emas dalam bentuk yang lain..ia mudah di " CAIRKAN" bagi mendapat tunai yang segera . Jika kita terdesak nak guna duit..WALAU PUN HARGA EMAS MEROSOT ATAU MERUNDUM JATUH..kita gadai..tapi kita tidak kehilangan emas fizikal tersebut kerana bila ada duit..kita tebus untuk dapat emas berkenaan.

Berbaning emas dalam bentuk yang lain, jika masa harga emas jatuh, nak kebetulan kita nak guna duit maka , anda terpaksa menjualnya pada harga murah..dan  anda akan alami kerugian..

Selain itu bagi pemilik barang kemas, anda tak perlu risau untuk pastikan barang kemas anda sentiasa tip top kerana banyak kedai emas menawarkan perkihdmatan baiki barang kemas, cuci , celop dan seumpamanya..




Oleh itu mulakan langkah bijak dengan memiliki emas fizikal hari ini pada masa harga emas sedang murah pada masa ini..


ASIKIN AB.HAMID 017 345 7478 ,
 JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER... JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA

Monday, May 13, 2013

KEPUTUSAN PRU 13 DAN HARGA EMAS




Keputusan Pilihanraya Umum Ke 13 atau PRU 13 telah seminggu diumumkan dan ramai yang dah tahu keputusannya. Saya juga ada keluar mengundi di tempat saya pada pagi - pagi hari lagi pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Apa yang menarik semasa suasana kempen pilihanraya, harga emas merosot dan menjadi murah dan pada masa ini, ada yang merungut dan ada juga yang gembira.

Di Kelantan , bila harga emas jatuh baru - baru ini, berduyun - duyun orang Kelantan membanjiri kedai emas untuk beli emas, sebagaimana yang di laporkan oleh akhbar KOSMO .

SUMBER: KOSMO

Walaubagaimana pun selepas keputusan PRU 13 di keluarkan, harga emas tiadalah naik mendadak ataupun jatuh merundum..harga emas berada pada harga biasa sahaja.

Oleh itu dapat saya katakan bahawa keputusan PRU 13 negara kita tidak mempengaruhi harga emas di negara kita kerana saya yakin harga emas adalah dikawal oleh permintaan dan penawaran emas pada pasaran dunia.

Apa yang penting sekarang ini adalah, adakah anda sudah membuat keputusan untuk memiliki emas ?.

Jika belum dapatkan tip dan informasi emas dengan isi nama dan email di ruang sebelah..

Namun ,jika anda dah buat keputusan  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478 ,DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...
JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA



Sunday, April 14, 2013

HARGA EMAS JATUH MERUNDUM..JANGAN PANIK !



Harga emas merundum, JANGAN PANIK..inilah yang nak saya kongsikan pada pembaca semua. Harga emas semalam jatuh merundum semalam dengan penurunan sebanyak USD84.00 dan kini harga emas di niagakan pada harga USD1477/oz.

Harga emas ini ditentukan oleh permintaan dan penawaran emas fizikal pada peringkat global. Setelah saya selidik dan baca sana sini di online terutama daripada laman web kitco.com , saya dapati ramai penganalisa mengatakan bahawa penurunan harga emas semalam adalah akibat kenyataan oleh "the European Central Bank and its president Mario Draghi".. berkaitan cara nak atasi  masaalah kewangan negara Cyprus, yang ditafsirkan sebagai " sell your gold or you are not going to get the money"..anda boleh baca di SINI

Untuk makluman , negara Cyprus ini sedang mengalami masaalah kewangan dan memerlukan bantuan kewangan daripada luar untuk terus berkembang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Draghi ini mencetuskan penjualan yang berterusan emas dipasaran antarabangsa dan menyebabkan harga emas jatuh merundum.

Bagi saya, jika kita memiliki emas fizikal ini, jangan lah panik akibat penurunan harga emas ini kerana seperti yang saya selalu katakan bahawa kita beli emas fizikal ini untuk pelaburan jangkamasa yang panjang..bukan sehari dua..samalah seperti kita beli hartanah ataupun tanah.

Ini kerana pada masa hadapan saya yakin harga emas akan terus naik, cuma masa yang akan menentukan bila masanya..oleh itu simpanlah emas fizikal anda dengan baik dan ditempat yang selamat, salah satunya di safe deposit box di syarikat yang menawarkan perkhidmatan safe deposit ini. Contoh di AGROBANK..info KLIK SINI

Kita juga sebagai pemilik emas fizikal ini, tak perlu panik bila harga emas jatuh kerana;

1. JIKA KITA PERLU DUIT TUNAI 

Kita tak perlu jual emas yang kita beli itu, jika kita jual itu merugikan, kita boleh gadai atau ar rahnukan samada di ar rahnu Bank Rakyat atau Ar Rahnu Koperasi Tentera dan juga ar rahnu bank - bank atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pergadaian atau ar rahnu.

2. JIKA NAK TAMBAH SIMPANAN EMAS FIZIKAL


Sebenarnya masa nilah kita nak tambah lagi simpanan emas fizikal kita, al maklum harganya murah..walaubagaimana pun ..buatlah kiraan ..ukur kemampuan kewangan diri dan keluarga ..rancang dengan teliti. 

Salah satu caranya terutama yang kerja kerajaan , boleh buat pinjaman pribadi..dapat duit beli emas PUBLIC GOLD kerana mudah nak jual balik kat Public Gold pada harga PG BUY..

Bayaran bulanan pinjaman,  dibayar dengan duit gaji...bila harga emas naik..yang mana jualan emas kita tu menguntungkan..boleh jual emas fizikal itu kat Public Gold semula pada harga PG BUY....dapat untung dan duit tunai tu..boleh buat bayaran full payment pinjaman .

Jangan lupa jika beli emas kat Public Gold tu.... JADIKAN SAYA 
ASIKIN AB.HAMID PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA. 

So jika anda simpan emas fizikal, usah risau dan panik bila harga emas jatuh merundum ya..jangan kalut nak pergi jual...ini antara kelebihan beli emas fizikal Public Gold...







Saturday, March 30, 2013

SIAPA BELI EMAS PALING BANYAK TAHUN 2012 ?



Siapa beli emas paling banyak tahun 2012 ?..ini antara soalan yang pernah di ajukan kepada saya bila jumpa seorang kawan pada minggu lepas.

Ini merupakan satu pertanyaan yang baik, namun untuk jawab secara individu atau menamakan individu tertentu maka agar sukar juga bagi saya kerana ia rahsia peribadi dan keselamatan, jika melibatkan pelanggan saya.

Pertanyaan kawan saya itu "Siapa beli emas paling banyak tahun 2012 ?" itu mungkin juga pertanyaan sinis atau sindiran kerana pada masa tahun lepas dan kini , harga emas dalam keadaan tidak menentu dan kelihatan dalam trend menurun !.




Sebelum saya cerita lebih lanjut, suka saya kongsikan bahawa sebelum anda mula membeli emas, cari dan tambah ilmu emas. Bila anda nak beli emas itu, anda kena faham, tujuan anda beli emas atau sesuatu produk emas.

Antara tujuan orang beli emas adalah untuk kecantikan diri dan biasanya akan beli barangan kemas; ada orang beli emas untuk pelabuaran jangkapanjang dan biasanya akan beli emas tulin samada dalam bentukjongkong atau dinar; dan ada orang beli emas untuk perniagaan, dan yang ini mereka akan beli emas yang diperlukan oleh pelanggan dan jual..tak kiralah emas jongkong atau barang kemas..

Jika anda membeli emas tanpa ilmu pengetahuan yang cukup maka anda mungkin tersilap pada peringkat awal lagi yang bermula dengan jenis produk yang hendak dibeli dan seterusnya.

Jika tak faham pasal jual beli emas ini, akan meninmbulkan banyak kekeliruan dan ketakutan bila harga emas jatuh atau turun berpanjangan..pada hal kita tahun dari tahun ke tahun harga emas tetap naik....



Sebab itulah bagi saya suka saya katakan jika kita beli emas ini adalah untuk pelaburan jangka panjang..antara 3 hingga 5 tahun..

Jika kita rasa beli emas ini merugikan, cuba anda lihat gambaran ini, kita lihat siapa yang beli emas paling banyak tahun 2012..masa harga rendah !..

Laporan dari CNBC 


Jika anda lihat gambar laporan di atas dari CNBC,  Bank Pusat atau Central Bank yang banyak beli emas pada tahun 2012 yang mana pada tahun lepas juga harga emas agak rendah juga. Persoalannya jika beli emas pada harga murah ini merugikan dan harga emas kelihatan terus jatuh pada 3 bulan pertama tahun ini, adakah bank - bank pusat ini ( Jika kat negara kita macam BANK NEGARA la) beli emas dengan banyak ?

Pembelian ini didahului oleh bank pusat Rusia, Brazil dan Iraq ..


Lihat sahaja pembelian mereka setiap tahun , semakin tahun semakin banyak !. Tak takut rugikah mereka ini ?..Saya yakin mereka juga yakin belian ini untuk jangkapanjang, yang mana harga emas akan tetap naik pada tahun - tahun mendatang..

Selain daripada bank pusat ini, saya jua percaya yang beli emas dengan emas adalah kilang atau syarikat yang buat barang kemas, sebagai stok emas meraka..Ya mereka beli masa harga emas rendah, dan buat barang kemas dan jual . 

Jika mereka jual barang kemas dan masa harga emas naik, sudah pasti peniaga akan untungnya berganda....

Jangan lupa download ebuku free saya dan dapatkan tip pelaburan dan perniagaan emas dengan isi maklumat pada sebelah kanan..



Oleh itu mulakan simpanan emas fizikal anda sekarang...dan jika ada pertanyaan.boleh hubungi saya..

ASIKIN AB.HAMID 017 345 7478 
 DAN
 JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA. 

© 2010 - 2013 www.perniagaanemas.com - All Rights Reserved.

Saturday, March 23, 2013

EMAS BAR PUBLIC GOLD DAN DINAR PUBLIC GOLD BOLEH DI AR RAHNU TERBONGKAR



Emas bar Public gold dan juga dinar Public Gold kini boleh di Ar Rahnu , itu berita yang saya terima daripada rakan - rakan yang berniaga emas ini.

Kini sebuah lagi institusi ar rahnu telah menawarkan kemudahan ar rahnu untuk pemilik emas bar dan dinar Public Gold dan institusi yang di maksudkan itu adalah Koperasi Tentera.

Pejabat Ar Rahnu Koperasi Tentera di Sg. Besi Kuala Lumpur.

Sebagaimana yang saya ada cerita pada posting yang lalu, bahawa koperasi tentera akan wujudkan Ar Rahnu untuk kemudahan ahli dan juga orang awam, kini perancangan mereka menjadi kenyataan.

Syukurlah..semakin banyak institusi yang menawarkan kemudahan ar rahnu ini, yakni kita pinjam duit dengan cagar emas pada pihak ar arhnu..Inilah kelebihan jika kita simpan emas fizikal..jika kita sesak duit..maka kita boleh ar rahnu...tanpa perlu jual untuk dapat duit..

Pinjaman yang kita buat dengan cara ar rahnu ni..menjadikan masaalah kewangan kita di ringankan dan pada masa yang sama kita masih ada barang kemas..selepas habis bayar pinjaman ar rahnu itu..

Lokasi Ar Rahnu Koperasi Tentera ini jika di Kuala Lumpur terletak pada alamat berikut..

Ar-Rahnu KT Cawangan Sg Besi,
No 57 Jalan Tasik Utama 4,
The Trillium Lake Fields, Sungai Besi,
Kuala Lumpur. Tel : 03-90545900


Untuk cawangan lain adalah seperti berikut..

Melaka..

Ar-Rahnu KT Cawangan Melaka
No 14 Lorong 2, Jalan Desa Taming Sari,
76300 Sungai Udang, Melaka
TEL : 06-3574870

Kluang, Johor.

Ar-Rahnu KT Cawangan Kluang
No 45, Jalan Rambutan,
86000 Kluang, Johor
(Berhadapan Kluang Mall)
TEL : 07-7711861

Anda juga boleh rujuk di laman web koperasi tentera di http://www.katmb.com.my/infoterkini/Ar-Rahnu.asp



Selain produk emas public gold, koperasi ini juga ada terima barang kemas yang lain..lihat senarai ini..

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN..

Oleh itu mulakan simpanan emas fizikal anda sekarang...dan jika ada pertanyaan.boleh hubungi saya..

ASIKIN AB.HAMID 017 345 7478 
 DAN
 JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.

Saturday, March 9, 2013

PELABURAN EMAS FIZIKAL DENGAN BELI JONGKONG EMAS TERKINI ..

Pelaburan emas fizikal dinegara kita kini boleh anda sertai dengan beli dan simpan jongkong emas keluar terbaru, yaitu Tai Fook series...



Public Gold telah mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong emas yang dikenali sebagai Tai Fook Series. Jongkong emas ini juga dibuat daripada emas dengan ketulinan 999.9.

Tai Fook membawa makna " Great Prosperity"..dan bentuk jongkong ini amat sesuai dibeli dan disimpan untuk pelaburan jangka panjang dan juga dijadikan hadiah mas kawin dan pelbagai lagi..


Series emas bar Tai Fook ini di datangkan dengan berat pilihan 10 gram, 20 gram , 50 gram dan juga 100 gram..

Koleksi emas bar Tai Fook kini boleh anda beli di semua cawangan Public Gold  seluruh negara dan harga boleh anda lihat di laman web ini..


Jangan lupa, jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ...boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 
INTRODUCER ANDA.



Tuesday, February 5, 2013

BERHATI - HATI BELI EMAS LELONG !



Saya terbaca berita ini dalam Harian Metro bagaimana seorang pembeli yang telah membeli barang kemas lelongan. Berita penuh saya petik..


"Oleh Nazdy Harun

Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.
Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.

Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.

“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.

Emas bermutu rendah’ dilelong langsung tiada nilai.
“Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas."


Oleh itu dalam membuat sebarang belian emas hendaklah kita pastikan emas yang hendak kita beli itu sesuai dengan karat yang telah ditetapkan dan ia mempunyai nilai dipasaran.

Sunday, January 20, 2013

BELI PERAK DAN BELI EMAS PUBLIC GOLD UNTUK TAHUN 2013




Salam sejahtera untuk semua pembaca web saya semuga anda ceria bersama keluarga dan orang yang disayangi.

Semalam saya dah mula beli perak  public gold dan perak yang saya beli itu adalah dalam bentuk 10 dirham untuk pelbagaikan portfolio pelaburan jangka panjang.

Setelah hampir 3 tahun fokus utama saya adalah dalam pelaburan emas fizikal, pada tahun ini saya mengorak langkah untuk buat sedikit sebanyak pelaburan perak dalam bentuk jongkong perak dan juga dirham public gold.

Setelah buat sedikit kajian saya dapati pelaburan perak ini ada potensi juga untuk berkembang dan memberikan pulangan yang lumayan untuk jangkamasa yang panjang.

Jika anda berminat nak buat pelaburan perak , saya cadangkan anda juga perlu buat kajian dari segi kemampuan kewangan anda untuk jangkamasa panjang.

Pertimbangan kewangan jangkapanjang ini perlu anda lihat teliti kerana harga perak turun naik sepanjang tahun namun seperti emas fizikal, ia akan naik harga dari tahun ke tahun. Satu kelemahan jika anda beli logam perak sama ada dalam bentuk jongkong ataupun dirham, sehingga kini saya masih belum temui pajak gadai ataupun ar rahnu yang terima perak untuk gadaian !.

Oleh kerana inilah saya minta anda kaji kedudukan kewangan anda untuk jangka masa panjang..mana tahu satu masa, jika anda terdesak nak pakai duit, logam perak kita tak boleh gadai, nak tak nak kita terpaksa jual dan lebih malang jika masa itu harga logam perak jatuh dan mungkin harga yang kita nak jual masa itu lebih rendah jika dibanding harga beli..seterusnya ..jika kita jual juga..akibat terdesak nak guna duit tunai ..kita alami  kerugian...

Walaubagaimana pun , kebaikan logam perak ini adalah kita boleh beli dan simpan logam perak dengan pelaburan modal yang cukup rendah..kita dah boleh beli 10 dirham Public Gold dengan hanya berharga RM130.0 sahaja..iaitu suatu jumlah modal yang kecil jika dibanding kita nak beli 1 dinar pada masa ini harganya sudah mencecah RM727.0.


HARGA EMAS PUBLIC GOLD

HARGA PERAK DAN DIRHAM 20 JAN 2013

Dalam usaha kita buat pelaburan emas dan juga pelaburan perak secara fizikal ini..kita juga perlu teliti produk daripada syarikat mana yang  perlu kita miliki kerana bila kita beli, kita mungkin akan menjual nya 10 tahun daripada sekarang untuk mendapat pulangan yang lumayan.

Untuk mendapat pulangan yang lumayan semasa membuat jualan balik, kita hendaklah pastikan kita jual balik semula pada syarikat yang mula - mula kita beli..Ini sebab kenapa kita perlu membeli produk daripada syarikat yang kukuh dan utuh serta mematuhi perundangan..bagi memastikan syarikat berkenaan terus wujud untuk jangka masa yang panjang..dalam kes kita katakan 10 tahun daripada sekarang.

Jika kita silap beli dengan syarikat yang tidak mantap dan tiada jaminan kewangan yang kukuh..bimbang takut masa kita nak jual semula produk emas atau pun perak yang kita beli hari ini, 10 tahun akan datang syarikat dah tak ada !.

Oleh itu jika nak beli perak atau pun dirham saya cadangkan anda beli produk dari Public Gold dan jangan lupa, jika anda  beli terus kat mana - mana cawangan Public Gold ...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA..ye..



Namun jangan lupa, jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...
JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID 
 PG CODE PG 001228 
INTRODUCER ANDA.



Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 DAN HARGA EMAS DIJANGKA MENCECAH USD2000.0/OZ !


Selamat tahun baru 2013 saya ucapakan kepada semua pengunjung dan pembaca semuga pada tahun ini kita semua lebih bahagia, sejahtera, kaya dan dapat mengerjakan lebih banyak amal soleh untuk kebaikan kita semua.

Tahun 2012 telah pun berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai pengalaman dan kisah yang menjadi sejarah dalam hidup kita. Masa itu emas dan itulah suatu hakikat yang tidak dapat kita tolak kerana masa yang berlalu pergi tidak akan dapat kita jual beli lagi.

Pada tahun 2012 menyaksikan harga emas naik dan turun yang mendadak dan ada yang mengeluh dan ada yang bergembira..

Pergerakan turun naik harga emas adalah tidak dikawal oleh negara kita , ianyanya ditentukan oleh permintaan emas oleh pengguna dan negara - negara yang mengimport dan mengesport emas serta kekuatan turun naik nilai dollar Amerika Syarikat atau USD

Secara teorinya bila nilai USD meningkat, maka harga emas akan jatuh dan jika nilai USD menurun harga emas akan naik..walaubagaimana pun juga pelbagai faktor lain yang mempengaruhi harga emas yang mana amat sukar juga untuk kita , orang biasa - biasa ..tentukan.

Namun begitu secara amnya harga emas akan tetap naik dari tahun ke tahun...inilah pegangan mudah saya dan pekara mudah yang saya kongsikan dengan anda...Yakin lah..Oleh itu dengan keyakinan ini saya suka menyarankan jika anda membeli emas fizikal, simpan emas fizikal untuk pelaburan jangkapanjang...

Pada tahun 2013, ramai juga pakar emas barat meramalkan bahawa harga emas bakal mencecah USD2000/oz ( RAMALAN HARGA EMAS 2013)  dan saya juga menjangkakan harga emas akan mencecah USD2000/oz pada akhir Disember 2013 ..insya Allah..

Walau apa pun harga emas naik, apa yang pentinga adalah banyak mana yang kita dah beli dan miliki..Oleh itu jika anda  nak beli atau berniaga emas  bersama saya boleh hubungi saya ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.