Tuesday, February 5, 2013
BERHATI - HATI BELI EMAS LELONG !
Saya terbaca berita ini dalam Harian Metro bagaimana seorang pembeli yang telah membeli barang kemas lelongan. Berita penuh saya petik..
"Oleh Nazdy Harun
Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.
Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.
Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.
“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.
Emas bermutu rendah’ dilelong langsung tiada nilai.
“Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas."
Oleh itu dalam membuat sebarang belian emas hendaklah kita pastikan emas yang hendak kita beli itu sesuai dengan karat yang telah ditetapkan dan ia mempunyai nilai dipasaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)