Penggunaa dinar dan dirham mengunakan logam emas dan perak menjadikan matawang ini stabil berbanding dengan matawang kertas. Oleh itu nilai dinar dan dirham sentiasa mantap kerana ia merupakan emas dan perak pada hakikatnya.
Jika anda telah memiliki dirham maka adalah elok anda memiliki dinar pula supaya pasangannya menjadi lengkap sesuai dengan saranan hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Anda boleh memiliki dinar dengan menghubungi saya kerana saya juga memasar dinar emas keluaran Public Gold.
Pengalaman memiliki dirham jua amat menarik kerana saya membelinya di Kota Bharu, Kelantan di Bazaar Tengku Anis.

Setiba saya dikedai ini pada jam 6.00 petang kedai dah tutup..namun kerana keinginan untuk miliki dirham bagi melengkapkan saranan hadis maka saya talipon pemilik kedai dan yang lebih menarik dia sanggup datang untuk menjual dirham itu kepada saya.
Menurut beliau nilaian 1 dirham pada suatu masa dahulu adalah hanya RM12.00 sahaja namun kini beliau telah menjual dirham itu kepada saya pada harga RM20.00 sekeping. Harga Dirham tetap akan naik berbanding masa namun kenaikan mungkin perlahan.

Ini dia tuan kedai menjual Dirham dan Dinar di Bazaar Tengku Anis . Kedai ini juga ada menjual barangan perak serta peralatan berkaitan perniagaan emas dan perak seperti penimbang, decimeter, acid dan macam - macam ada....

Ini dia Bazar Tengku Anis letaknya berhampiran dengan Masjid Kota Bharu serta Pasar Siti Khadijah, tempat kedai saya beli Dirham.

Ini Masjid Meraga Beris Pahang.
Adalah diharapkan dengan pemilikan dinar dan dirham oleh kita akan mampu kita semua mengatasi masaalah ekonomi keluarga kita kerana nilai Dinar dan Dirham ini akan meningkat mengikut berubahan zaman.
Hari ini nilai 1 Dinar Emas Public Gold adalah RM575.0 dan adalah tidak mustahil ia akan mencecah nilaian RM1000.00 dalam masa 2 tahun lagi kerana pada akhir Jun 2010 ia pernah mencecah nilai 1 Dinar RM600.00 !

No comments:
Post a Comment