Kadar tol percuma untuk ini akan bermula pada jam 9.00 malam pada 7 September 2010 hingga 6.00 pagi 8 September 2010. dan juga pada jam 9.00 malam 15 September 2010 hingga 6.00 pagi 16 September 2010. Ini lah dikata kan masa itu emas..jika nak percuma kena ikut masa inilah nak balik kampung ke Pantai Timur..termasuk..Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Pada hari raya tahun lepas saya dan keluarga balik ke Kelantan pada masa tol free jua..tapi pada masa itu masuk toll free adalah jam 12 tengah malam..namun kini dah jadi lebih baik..jam 9.00 malam..FREEEE...TOLL..
Saya yakin pada tahun ini ramai warga pantai timur yang tinggal di Kuala Lumpur ini yang akan ambil kesempatan tol percuma ini. Kemudahan yang disediakan perlu kita sambut dengan baik dan seperti pada tahun yang lepas..saya pun dah mula balik ke Kelantan melalui lebuhraya ini terus ke Terengganu...Kini saya dan suami tidak lagi balik melalui Gua Musang pada musim perayaan kerana jalan terlalu sesak terutama bila melalui Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang dan Ketereh...
Penggunaan Lebuh Raya Pantai Timur sepenuhnya bermula dari Gombak terus keluar Jabor, kita akan dikenakan tol dengan tol percuma sudah pasti jimat serta perjalanan lebih selesa . Kita ada banyak pilihan jalan jika nak balik ke Kota Bharu daripada lepas tol ini , samaada nak lalu Jalan Jabor - Jerangau kemudian melalui Jalan Sungai Tong ke Kota Bharu atau kita boleh lalui ikut Kemaman - Terengganu dan terus ke Kota Bharu..
Lebuh raya pantai timur
Penjimatan masa dan keselesaan ini banyak membantu kita tiba di Kota Bharu dengan baik dan boleh bertemu rakan niaga dalam perniagaan emas sepanjang perjalanan dan setiba kita di Kelantan..
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat konsesi lebuh raya, Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma kepada pengguna semuga Allah s.w.t sentiasa merahmati anda..syarikat dan semua kakitangan MTD..amin
No comments:
Post a Comment