Friday, December 28, 2012

PERGERAKAN HARGA DINAR EMAS PUBLIC GOLD 2009 HINGGA 2012

Pelaburan emas fizikal dengan beli dan simpan emas dalam bentuk fizikal adalah suatu pelaburan jangkapanjang. Berapa lama anda perlu simpan emas ini terpulang kepada anda sendiri sebanyak mana keuntungan yang anda mahu.

Pelaburan emas fizikal ini bagi saya sama dengan membeli sebidang tanah, yang kita pasti harga tanah itu akan naik juga pada suatu masa nanti kerana tanah adalah terhad dan orang semakin ramai yang perlu tanah untuk buat rumah atau kediaman ataupun bangunan perniagaan.


 Persoalannya banyak mana dah kita beli tanah ?. Jika saya adalah banyak juga..ye..tanah nak tanam bunga le..kalau seekar dua tu..masih belum mampu lagi kerana harga tanah mahal. Disebabkan harga tanah ni tiada penunjuk turun naik setiap hari, yang kita tahu harga tanah tetap akan naik, maka yang dah beli tanah tu ..tak kisah pun perihal tanah yang di beli tu..bahkan ada tanah yang kita beli itu pun dah tumbuh lalang..pun..

Berlainan pula dengan pelaburan emas ini, disebabkan kita boleh lihat harga emas turun naik setiap minit, maka kita kekadang menjadi risau bila lihat harga emas turun atau jatuh..pada hal kita tahu harga emas akan naik dari tahun ketahun ..sama juga seperti harga tanah !..

Inilah beza nya jika kita terlibat dalam pelaburan emas fizikal berbanding dengan pelaburan tanah, pelaburan emas beri kesan saikologi kerana kita dapat lihat harga emas berubah setiap minit, bahkan kita melonjak gembira bila kita lihat harga emas naik, pada hal kita tak pernah pun beli emas !..

 Bagi anda yang dah beli emas pada tahun lepas dan juga tahun ini..janganlah risau kerana harga emas tetap akan naik pada tahun -tahun hadapan walaupun pada tahun 2012 ini harga emas mengalami penurunan yang agak ketara kerana saya yakin..Insya Allah ..harga emas tetap akan naik pada tahun -tahun akan datang!

Lihat sahaja pergerakan harga dinar emas public gold ini dari tahun 2009 hingga 2012..ade menurun nye ?


Monday, December 24, 2012

PAKAI BARANG KEMAS MAHAL LAMBANG STATUS ORANG KAYA



Memakai barang kemas mahal tanda tanda status tinggi..dengan kata lain memiliki emas fizikal sebagai perhiasan diri menandakan orang kaya le..

Itulah yang saya faham daripada laporan akhbar berita harian..yang merupakan satu kajian yang dijalankan oleh sebuah universiti yang telah menunjukkan ramai orang membeli emas fizikal sebagai perhiasan diri bagi meningkatkan tahap status..

Sebab itu ramai rakyat sesetengah negeri banyak beli dan pakai barang kemas dan yang penting beli dan simpan barang kemas pasti tak rugi dan tidak membebankan kita, selain menaik imej dan juga untuk meningkatkan aura kecantikkan diri..jika terdesak barang kemas boleh kita gadai untuk dapat tunai yang cepat..

Oleh itu milikilah rantai emas public hari ini ..lagi pon bonus dah dapatkan untuk kakitangan kerajaan..simpan sebahagian dengan beli rantai emas untuk anak isteri ye..


Namun jangan lupa, jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.


Sunday, December 16, 2012

PEMILIK RANTAI EMAS DAN EMAS BAR BOLEH DI AR RAHNU UNTUK DAPATKAN WANG TUNAI SEGERA



Pemilik emas fizikal samaada dalam bentuk rantai atau emas bar apa jua jenama kini tak perlu risau untuk dapatkan wang tunai..kerana kini semakin banyak kedai pajak gadai berlandas syariah muncul bagaikan cendedawan disana sini.

Terkini sebuah kedai pajak baru dibuka di Seksyen U3 Shah Alam dekat dengan Maybank pusat bandar di U3 Shah Alam yang boleh terima emas bar untuk gadaian..



Oleh itu bagi pemilik emas bar public gold anda tak perlu lagi risau nak jual emas anda jika terdesak nak pakai duit...gadai aje kat sini..

Oleh itu pilihan kita nak simpan emas untuk jangka masa panjang..semakin kukuh..kerana emas bar public gold dah boleh digadai kat sini..

Nak tahu kat mana lokasi tepat..kesini..anda pergi aje ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau juga di kenali Subang Airport atau Subang Skypark dan anda cari MAYBANK Subang ini..so dia pun dekat situlah..lihat gambar..tapi hari AHAD TUTUP ye..

Ini dia map cari MAYBANK SUBANG PERDANA ..KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN..



Oleh itu jangan takut nak beli emas bar Public Gold.....

Thursday, November 15, 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434H



Selamat menyambut tahun baru 1434 H dari saya dan keluarga serta warga kerja perniagaan emas semuga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kebahagian ditahun ini..


Selamat me -->

Friday, November 2, 2012

KOPERASI KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BHD ADA AR RAHNU


Kini Koperasi Angkatan Tentera Malaysia telah pun menawarkan perkhidmatan Ar Rahnu dan sambutannya amat baik. Perkhidmatan ar rahnu ini bukan sahaja terhad kepada anggota tentera tapi ia terbuka juga untuk orang ramai mendapat perkhidmatan ar rahnu ni.


Ar-Rahnu KT (Koperasi Tentera) menawarkan pinjaman sehingga 70% dari nilai emas dan nilai pinjaman Sehingga RM250,000. Wow..banyak tu..dengan upah simpan serendah RM0.55. 

Untuk keterangan boleh hubungi cawangan sg besi, Kuala Lumpur . ditalian: 03-90545900, cawangan Sungai Udang, Melaka ditalian : 06-3574870, ibupejabat ditalian :03-4027600, cawangan Kluang ditalian 07-7711861 .

Pihak koperasi memaklumkan mereka merima gadaian barang kemas & barang emas ( Contoh : Pamp Suisse,Public Gold,GCP,Kinebar, Dinar Kelantan dan sebagainya)..


BOLEH JUGA RUJUK FACEBOOK KOPERASI ANGKATAN TENTERA klik SINI

Inilah antara kelebihan membeli dan menyimpan emas fizikal..jika kita terdesak duit, boleh kita pinjam duit dengan cara ar rahnu daripada pelbagai institusi yang semakin banyak menawarkan perkhidmatan ar rahnu ini..

Klik untuk besarkan..dapatkan akhbar ini dipasaran.




Oleh itu pembaca semua jangan ragu-ragu lagi untuk beli dan simpan emas Public Gold ini..anda beli emas , dapat emas dan bawa balik emas fizikal...jika terdesak nak pakai duit , rantai emas public gold boleh di Ar Rahnu..di mana - mana ar rahnu..Insya Allah..

Namun jangan lupa, jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.

Tuesday, October 30, 2012

PELABURAN EMAS DAN PERNIAGAAN EMAS PUBLIC GOLD TELAH DIGUGURKAN DARI SENARAI BANK NEGARA MALAYSIA.


Saya berasa syukur sangat - sangat pada hari ini kerana laman web dan nama syarikat Pulic Gold telah dipadamkan dari "senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM( BANK NEGARA MALAYSIA).

SILA SKROLL


Syarikat Public Gold pun sudah keluarkan kenyataan media berkaitan dengan perkara ini..
KLIK UNTUK BESARKAN..tq..
Jika sebelum ini syarikat Public Gold turut tersenarai sebagaimana yang dilaporkan oleh akbar Berita Harian 17 Oktober 2012
KLIK UNTUK BACAAN LEBIH BESAR DAN JELAS...
Oleh itu pembaca semua jangan ragu-ragu lagi untuk beli dan simpan emas Public Gold ini..anda beli emas , dapat emas dan bawa balik emas fizikal...jika terdesak nak pakai duit , rantai emas public gold boleh di Ar Rahnu..di mana - mana ar rahnu..Insya Allah..
Namun jangan lupa, jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;
ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...
JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.

Tuesday, October 23, 2012

PERNIAGAAN EMAS DAN PELABURAN EMAS SEMAKIN PANAS ...



Perniagaan emas dan juga pelaburan emas menjadi semakin hangat dengan isu - isu serbuan yang telah dijalankan oleh pihak Bank Negara Malaysia keatas beberapa syarikat yang mengendalikan pelaburan emas kerana di syaki menjalankan aktiviti yang menyalahi perundangan negara..

Untuk penjelasan lebih lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh baca kenyataan media yang disiarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sendiri..




SKROL KE BAWAH

Untuk makluman syarikat Public Gold merupakan syarikat yang menjual emas jongkong, dinar, dan juga rantai emas. Tiada pelaburan yang memberikan pendapatan bulanan  yang ditawar oleh syarikat dari dahulu hingga kini.

Pembeli emas di Syarikat Public Gold sama juga membeli dikedai emas yang lain, anda beli emas, dapat emas dan anda bawa balik emas itu dan simpan sendiri ditempat yang selamat...

Thursday, October 18, 2012

KENYATAAN MEDIA PUBLIC GOLD

Ini kenyataan akhbar daripada Public Gold berkaitan ISU TERKINI.

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN..TQ

Friday, October 5, 2012

JONGKONG EMAS DAN JONGKONG PERAK PUBLIC GOLD BOLEH DI AR RAHNU TERKINI

Klik gambar untuk besarkan

Jongkong Emas dan jongkong perak Public Gold kini dah boleh di Ar Rahnu.. Penerimaan gadaian mengikut syariah yakni ar Rahnu untuk produk keluaran Public Gold kini ditawarkan oleh Ar Rahnu milik Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad.yang beralamat di 88 E & F, 1st Floor, Jalan Tun Dr. Awang, 11900 , Bayan Lepas Pulau Pinang..talian 04-644 9999..

Kini pemilik dan peniaga serta penyimpan emas bar dan juga bar perak Public Gold boleh menarik nafas lega kerana jongkong emas dan perak Public Gold boleh kita gadai di ar rahnu disini..

Dengan had pijaman sehingga 70% dan tempoh gadaian 6bulan + 2bulan + 2 bulan serta upah simpan bulanan adalah 1 %., saya merasakan ia amat berpatutan.

Keboleh upayaan mengadai secara Islam ini amat menarik bagi penyimpan emas dan perak untuk jangkamasa panjang, kerana ramai dari kita yang beli emas bar akan cuba simpan untuk beberapa lama yang boleh..namun kehidupan kita penuh dengan cabaran yang mana kadang - kadang kita memerlukan duit tambahan..

Kini dengan ada sistem gadaian  secara Islam yang menerima gadaian bar emas dan silver Public Gold, jika kita terdesak nak pakai duit..bolehlah digadaikan di Ar Rahnu ini..

Oleh itu kini tiada sebab lagi anda tidak menyimpan emas dan perak keluaran Public Gold, jika anda berkemampuan dari segi kewangan..


Oklah jumpa  lagi...jangan lupe..Jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;


ASIKIN AB.HAMID  017 345 7478  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...

JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.

Monday, September 17, 2012

PELABURAN EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD TERBUKTI MENGUNTUNGKAN JANGKA PANJANG


Pelaburan emas fizikal Public Gold ternyata menguntungkan untuk jangkamasa yang panjang kerana nilai emas semakin meningkat setiap tahun.

Pelaburan emas fizikal Public Gold merupakan suatu pelaburan yang selamat dan sesuai untuk masa kini kerana pelaburan emas fizikal ini adalah antara yang terbaik. Pendekatan yang diambil dalam pelaburan emas fizikal ini amat mudah kerana kita hanya perlu beli emas dan simpan sendiri.

Bila harga emas naik kita boleh jual emas itu pada syarikat semula pada harga PG BUY. Hari ini saya yakin ramai yang telah sedar bahawa pelaburan emas fizikal adalah penyimpan nilai yang terbaik..


Apa yang lebih menarik adalah harga emas akan naik dari tahun ketahun, ini memberikan pulangan yang lumayan untuk jangka masa yang panjang...


Oleh itu jika anda masih lagi belum menyertai pelaburan emas fizikal, anda dah boleh mulakan hari ini kerana saya perhatikan harga emas akan naik untuk tahun - tahun hadapan.

Lihat kenaikan harga emas fizikal public semenjak tahun 2009 hingga kini..anda pasti terkejut kerana harganya sentiasa naik..Cuba kita buat perbandingan harga emas fizikal Public Gold  pada berat emas 20 g.

Ia bermula pada tahun 2009, pelaburan emas terus berkembang hingga kini..

HARGA EMAS FIZIKAL 20 GRAM TAHUN 2009 & 2010




 HARGA EMAS 17 SEPTEMBER 2012

Anda mungkin tertanya tanya jika dah beli emas fizikal nak simpan kat mana ?..Simpan sahaja emas anda itu di safebox bank atau pun syarikat swasta yang lain, bagi menjamin keselamatan.

Inilah rupa peti safe deposit  sebuah syarikat yang menawarkan servis peti simpanan.


Oklah jumpa  lagi...jangan lupe..Jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;


ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...

JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.




Sunday, September 9, 2012

RAHSIA BELI DAN SIMPAN JONGKONG EMAS 999.9 PENYELAMAT EKONOMI ANDA TERBONGKAR



Rahsia beli dan simpan jongkong emas 999.9 penyelamat ekonomi anda untuk jangkapanjang akan saya bongkarkan dan kongsikan pada hari ini..sebelum itu marilah kita lihat keajaiban dan rahsia angka 9,  yang  banyak dikaitkan dengan jongkong emas 999.9..

1.  99 Nama-nama  Allah atau Asmaul Husna

Dalam agama Islam, Asmaul Husna adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah Subhanahu wa ta'ala yang terbaik. 

Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Berikut adalah beberapa dalil yang terkandung di dalam Al-Qur'an dan Hadis tentang Asmaul Husna:

"Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." - (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Al-Quran.Surah Al Israa': 110)

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari[1]

Sumber : WIKIPEDIA

Kita sentiasa disarankan berdoa kepada Allah s.w.t untuk apa jua urusan dunia mau pun akhirat..yang dengan doa -doa ini menyelamat kita daripada pelbagai perkara yang kita tidak suka..

2. Al-Quraan diturunkan di Madinah dalam tempoh 9 tahun 9 bulan 9 hari !.

Ini kisah penurunan ayat -ayat al quran di Madinah..ia dalam tempoh 9 tahun 9 bulan 9 hari, semasa nabi Muhammad s.a.w berada di Kota Madinah 

Sumber : PUMSel

3. Bulan yang penuh rahmat dah keberkatan adalah bulan Ramadhan..bulan ke 9 kalendar tahun Hijrah.

Bulan Ramadhan yang penuh barokah dimana umat Islam diwajibkan berpuasa..penuh barokah..Umat Islam yang berpuasa dengan penuh syarat dan rukun nya mampu menjadi insan yang bertakwa.

4 Sebahagian besar daripada kita diberada dalam kandungan ibu kita selama 9 bulan 



Ingatlah kita berada dalam kandungan ibu selama 9 bulan ..kita sentiasa di ingat supaya tidak derhaka kepada ibu dan juga bapa  kita..

Proses mengandung adalah suatu perjalanan yang istimewa dalam proses menjadi seorang ibu dan pembentukan bayi.. Sepanjang tempoh kandungan iaitu 9 bulan sebelum bersalin, pemeriksaan berkala adalah penting untuk meramal, mencegah dan mengesan komplikasi pada  ibu dan bayi dalam kandungan. 

5. Di saat kecemasan dan mencari penolong serta penyelamat kita dail nombor 999

Nombor talipon 999 adalah nombor panggilan kecemasan dinegara kita untuk kita dail samaada polis, bomba dan ambulan serta pertahanan awam.


6. Rahsia Emas Fizikal 999.9 Penyelamat Ekonomi Anda..


Beli dan simpanlah emas fizikal samada jongkong ataupun rantai dan pastikan ketulenan emas itu. Emas yang terbaik adalah dengan ketulinan 999.9..dan juga dalam bentuk barang kemas 916 ataupun 91.6

Menyimpan emas fizikal , harga nya akan naik dari tahun ketahun..Jika kita terdesak duit boleh kita gadaikan yakni di ar rahnukan untuk dapat pinjaman tunai..

Dengan emas 999.9 ini juga kita boleh berniaga dengan jadi agen public gold sama seperti saya dan menjana pendapatan sampingan yang mana perniagaan emas ini adalah sukar nak rugi..kerana stok emas yang anda simpan akan sentiasa naik harga dari tahun ke tahun dan ia tidak rosak.

Kebaikan emas fizikal ini memang diketahui semua orang sepanjang zaman..luangkan masa tonton video ini..




7. Saya menulis dan post artikel ini pada 9.9.2012..

Saya menulis artikel yang merupakan pandangan peribadi dengan harapan dapat menambahkan ilmu emas anda yang sediaada dan menimbulkan kesedaran untuk anda pembaca membeli dan menyimpan emas fizikal.. Jika sesiapa nak copy sila bagi link balik kelaman web saya ye.http://www.perniagaanemas.com.

Untuk tip - tip perniagaan emas, jangan lupa download ebuku dan saya juga akan kongsikan informasi emas dengan anda...

Oklah jumpa  lagi...jangan lupe..Jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;


ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...
JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.


-->

Saturday, September 8, 2012

Jamuan Hari Raya Pengedar Emas Public Gold DiPejabat Public Gold Sunway


Pada hari ini sabtu 8 September 2012, Public Gold telah mengadakan jamuan hari raya untuk semua dealer dan juga pelanggan serentak di keseluruh cawangan mereka di seluruh negara..

Banyak makan dan minuman yang enak dan menarik disediakan untuk semua tetamu yang hadir. Jamuan bermula 12 tengahari hingga 3.30 petang.

Sungguh seronok dapat hadir kemajlis seperti ini..disamping dapat makan, saya juga berpeluang berjumpa dengan rakan -rakan niaga dan juga kakitangan Public Gold yang ramah mesra...semuga jamuan seperti ini dapat diteruskan untuk tahun -tahun akan datang...~



Friday, September 7, 2012

Rahsia Orang Kaya Simpan Emas


Hari ini saya nak kongsi sedikit rahsia kenapa sebahagian besar orang kaya ini menyimpan sebahagian harta mereka dalam bentuk emas. Mana saya tahu...he he..kan saya berniaga emas..

Nak tahu sebab kenapa orang kaya makin kaya dan sebahagian kekayaan itu di simpan dalam bentuk emas..?..luangkan masa tonton video ini...Ini jelas rahsia bagaimana orang kaya makin kaya...jom tonton..



Secara ringkasnya ..orang kaya semakin kaya kerana mereka beli atau simpan produk yang boleh menjana kekayaan..dan bukan produk yang memberikan hutang atau bebanan kewangan..nak detail ..tonton video sampai habis...

Dan orang - orang kaya ni ada rahsia tersendirilah..ada tercatit dalam buku di atas..dan sebagai menghargai anda datang dan baca web saya hari ni..buku di atas saya bagi free..download..KLIK



Oklah jumpa  lagi...jangan lupe..Jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;


ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...
JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.


Thursday, August 30, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 55


Salamsejahtera kepada semua pembaca dan juga rakan niaga serta pelanggan saya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka Ke 55 untuk tahun 2012.

Semuga kita semua mensyukuri  nikmat kemerdekaan ini serta menghargai jasa dan pengorbanan yang telah di lakukan oleh orang - orang yang terdahulu daripada kita.

Kemerdekaan ini memberikan kita peluang untuk hidup sejahtera dan bebas melakukan apa jua selaras dengan tuntutan perundangan negara.Kita bebas untuk bergerak, menuntut ilmu serta mengumpul kekayaan termasuk emas.


Hari ini perniagaan dan pelaburan emas semakin rancak di sana - sini kerana kesedaraan pentingnya kita menyimpan kekayaan dalam bentuk emas fizikal semakin meningkat..ini sesuatu perkembangan yang positif pada kita semua..


Bagi mereka yang belum bermula, mulakan sekarang..demi masa depan yang gemilang...


Setiap kali kita menyambut hari kemerdekaan, saya merasai dua kegembiraan  kerana ia adalah hari kemerdekaan dan juga hari kelahiran saya.....syukur Alhamdulillah..








Thursday, August 23, 2012

Emas Fizikal Tetap Jadi Buruan Dimana Jua Ia Berada


Emas fizikal merupakan logam yang amat berharga dulu kini dan selamanya. Walaupun zaman berubah emas fzikal ini tetap menjadi rebutan dan nilainya akan sentiasa naik tahun demi tahun.

Baru-baru ini emas dilaporkan telah ditemui di Kaki Gunung Tabai di Bau Sarawak dan sememangnya kerajaan ada bagi kebenaran kepada Syarikat North Borneo Gold Sdn.Bhd untuk melombong emas dikawasan ini.

Namun akibat  nilai emas semakin berharga ada juga kumpulan yang melakukan pelombongan haram di kawasan ini hingga sanggup mengorek lubang lombong yang berbahaya untuk mendapatkan lombong emas ini.

Lombong -lombong haram ini amat berbahaya pada jiwa manusia, seperti yang dilaporkan emas punya pasal manusia sanggup gadai nyawa.

Janganlah kita turuti langkah seperti ini, sebenarnya banyak cara lain yang kita boleh perolehi wang yang kemudiannya kita boleh guna untuk beli emas. Salah satu cara yang tidak memerlukan modal besar dan terbukti benar adalah KLIK > RAHSIA TAMBAH INCOME

Hari ini harga emas mula naik kenaikan nya begitu cepat juga. Bagi saya kenaikan harga emas ini sudah pasti mengembirakan pemilik emas sama ada dalam bentuk dinar , rantai ataupun jongkong emas..


Jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.



Saturday, August 18, 2012

ZAKAT EMAS 2012



Salamsejahtera..dan bertemu lagi..
Hari ini saya berasa syukur ..Alhamdulillah kerana dalam kesibukan persiapan hari raya yang akan menjelang pada 1 Syawal ini..saya sempat juga meluang masa membantu pelanggan menunaikan zakat emas miliknya di Pusat Zakat Selangor ..di Selayang pagi tadi..

Dengan kadar emas zakat RM157.64/gram jumlah keseluruhan zakat emas yang ditunaikan oleh pelanggan adalah senilai RM6701.50...ini dikira dari nilai 2.5%..

Bagi saya ini adalah suatu kepuasan kerana saya bukan saya memberikan khidmat nasihat pelaburan emas fizikal kepada pelanggan namun saya turut juga membantu pelanggan melaksanakan tanggungjawab ibadah zakat nye..

Inilah anda kelebihan berniaga emas fizikal..bagi saya , saya akan cuba berikan khidmat terbaik sebelum dan selepas jualan dibuat..setakat mana yang saya mampu dalam keterbatasan waktu yang ada..

Saya doakan pelanggan saya akan sentiasa dirahmati Allah kerana telah menunaikan suatu tuntutan agama, walaupun ia menyimpan emas fizikal..

Bagi anda yang baru bercadang nak balik beraya dikampung tu berhati - hati lah memandu ye..maklum lah kenderaan banyak dijalan raya..


Jika anda  nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.



Jumpa lagi insya Allah....



Friday, August 17, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 2012..



Salamsejahtera pada semua pembaca yang masih sudi singgah diblog saya ini, saya ucapakan selamat hari raya mohon maaf zahir batin.. Pada yang balik kampung tu..hati - hati memandu..dan sebelum balik tu simpan emas anda dan pasti rumah selamat..

 Cara mudah nak simpan emas balik raya adalah..gadaikan emas anda di Ar Rahnu..dapat duit gadai tu simpan dalam bank..bila balik raya..boleh tebus emas anda dan bayar sebulan upah simpan..Insya Allah...selamat.. 

Kepada pemilik emas yang dah cukup haul dan nisab ..jangan lupa tunaikan zakatnya.. Salam mesra jumpa lagi..Insya Allah...

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Salam sejahtera kepada semua pembaca dan kepada pembaca muslimin dan muslimat terlebih dahulu saya ucapan selamat menyambut bulan ramadhan 1433H semuga kita semua sama sama merebut peluang keemasan dalam mendapat rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t dibulan yang mulia dan penuh berkat ini.
Di bulan yang berkat ini juga saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan samaada dalam penulisan disini atau dalam tutur bicara..

Dibulan yang mulia ini sama -sama lah kita memperbanyakan amal kebaikan kerana  setiap amalan kita akan digandakan berganda - ganda pahalanya....Insya Allah...kerana emas yang kekal adalah emas yang dikurniakan Allah s.w.t didalam syurga  jua..


[Surah Al-Hajj,Ayat 23] : "Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera."


[Surah Az-Zukhruf,Ayat 71]
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”.





Sekian..selamat menjalani ibadah puasa....

Tuesday, July 3, 2012

HARGA EMAS DAH MULA NAIK ..


Harga emas dah mula naik hari ini..ramai yang tersenyum terutama pemilik dan penyimpan emas dan saya jangkakan harga emas akan terus naik untuk hari-hari yang mendatang insya Allah

Garisan Hijau Menaik--sumber kitco..
 
Oleh itu jika nak beli atau berniaga emas, cari ilmu dan sertai perniagaan emas bersama saya ye..boleh  dengan hubungi saya segera ;

ASIKIN AB.HAMID  017 345 7475  DAN JIKA ANDA MEMBELI DI PEJABAT PUBLIC GOLD ATAU NAK JADI DEALER...JADIKAN SAYA ASIKIN AB.HAMID  PG CODE PG 001228 INTRODUCER ANDA.

Sunday, July 1, 2012

Langit Sudah Pasti Tidak Akan Menurunkan Hujan Emas Dan Perak !


Hari ini 1 Julai 2012 dan bermakna telah 6 bulan masa berlalu untuk tahun 2012..sungguh cepat masa berlalu yang pasti adalah langit yang berada diatas kita pastinya tidak akan menurunkan hujan emas dan perak !.

Walau pepatah ada mengatakan hujan emas dinegeri orang , hujan batu dinegeri sendiri...ia tinggal hanya pepatah sahaja ..
Diluar negara jika dinegara barat ada kemunkinan hujan ais munkin terjadi..yang kekadang boleh membahayakan kita..


Hujan ais yang turun memecahkan cermin kereta..kesimpulan nya kita semua perlu berusaha memajukan diri dalam apa jua lapangan. kerana emas dan perak tidak akan jatuh dari langit untuk kita kutip dan jual di kedai -kedai emas.

Bagaimana dengan anda ? Sudahkah anda membuat perubahan kearah kehidupan yang lebih baik ?. Sudahkan menyimpan emas sebagai suatu bentuk pelaburan jangkapanjang ?.. Jika belum berusahalah menyimpan kekayaan anda dalam bentuk emas..kerana masa akan terus berlalu dengan pantas...



Perniagaan emas yang saya jalankan terus berkembang dan berjalan seperti biasa walaupun harga emas turun dan naik sepanjang 6 bulan pada tahun ini..dan saya jangkakan harga emas akan terus naik untuk masa-masa hadapan..Insya Allah..

Jika anda masih belum memilki dan menyimpan emas..belilah sekarang ..walaupun hanya sekeping dinar..anda akan rasakan kehebatan menyimpan emas ini..tanpa berbuat demikian..masa akan terus berlalu dan anda hanya sekadar ada ilmu atau pengetahuan kebaikan emas sahaja....

Saya berani katakan demikian kerana apa keadaan sekali pun orang ramai terutama wanita akan tetap membeli emas dan harga emas akan tetap naik dari tahun ketahun..jika tidak  tak mungkin POS Malaysia pun dah nak buka ar rahnu..ia itu pusat gadaian emas secara Islam...lihat..


Pos Malaysia akan berkerja sama dengan Bank Muamalat untuk menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar Rahnu)..oleh itu buat pilihan bijak..simpan emas hari ini...jika terdesak nak pakai duit boleh gadai kat ar rahnu...

Sunday, June 10, 2012

Makan Malam Bersama Public Gold Dan Dealer Emas


Semalam saya dan rakan - rakan dealer emas Public Gold telah hadir ke makan malam bersama Public Gold di Kelantan Delights Subang Jaya..Inilah satu keseronokan buat bisnes emas dengan Public Gold kita dijemput untuk makan malam sambil sembang -sembang pasal bisnes emas Public Gold ini dan lebih menyeronok lagi semua dibelanja oleh Public Gold..saya ucapkan terima kasih Public Gold...

Perjumpaan santai-santai macam ini membolehkan kemesraan dijalinkan antara staff Public Gold dan juga dealer emas Public Gold menjadikan kita semua bergerak dalam suatu keluarga niaga emas yang bersar dan dinamik..


Menjalankan bisnes dalam keadaan santai dan enjoy ini lebih seronok dan memudahkan urusan pesanan stok dan bayaran dibuat dengan dengan mesra saling bantu membantu..Inilah satu kelebihan menjadi dealer Public Gold..


Hidangan sudah pasti bercirikan masakan pantai timur yakini kelantanese..le..yang jadi favorite saya..nasi kerabu dan juga ayam percik..


Desert lopat tikam dan bubur saku yang enak dan satu hidanga tradisional yang terkenal di kelantan..


Makan malam selesai jam 10.30 malam dan apa lagi balik le...sempat bergambar lagi itu..so kira happy ending lah..

Rakan-rakan dan staff Public Gold yang hadir..
Jumpa lagi...

Saturday, June 9, 2012

Perjumpaan Terkini Pelaburan dan Perniagaan Emas Public Gold


Hari ini saya hadir keperjumpaan bulanan yang di anjurkan oleh syarikat Public Gold di Sunway ..Pertemuan ini bagi kita berbincang dan mendapat info terkini daripada syarikat dan juga rakan - rakan niaga Public Gold yang lain..

Kita kongsi tip-tips bisnes emas terkini serta kita juga diberikan peluang untuk kemukakan cadangan - cadangan kepada syarikat bagi penambahbaikan..


Ini antara mereka yang hadir..semua ceria dan gembira buat bisnes emas ini...jumpa lagi....

Saturday, May 26, 2012

CUCI BARANG KEMAS PERLU BERHATI-HATI TAKUT EMAS DI CURI


Cuci barang kemas yang kita pakai merupakan satu amalan yang biasa dilakukan oleh wanita yang memilki dan memakai barang kemas tak kiralah rantai emas, gelang emas , subang emas mahu pun cincin emas.


Barang kemas yang lama kita pakai almaklumlah..mungkin dah terlekat kotoran yang tidak dijangka dan perlu dicuci dan biasanya cuci barang kemas ini kita buat dikedai emas terutama sehari dua nak berhari raya ..biasa lah tu kan.

Hari ini saya ada beli Harian Metro dan terkejut baca laporan kegiatan curi emas dengan kononnya menawarkan khidmat cuci barang kemas pada orang - orang kampung. Inilah hal nya dengan emas, walaupun harga emas agak merosot sedikit kebelakangan ini, namun emas tetap berada dihati semua orang..termasuk yang nak ambil kesempatan mencuri dan menipu..

Cara curi dengan tawar khidmat cuci barang kemas ini sungguh licik..ye.kos upah cuci pun dia ambil dan emas itu pun di sapu dengan macam - macam caralah ..sama ada mungkin dipotong sikit ataupun ada kemungkinan dia kikis sikit -sikit.

Oleh itu bagi anda yang nak cuci barang kemas, berhati - hati lah..bukan tak boleh cuci barang kemas, tapi pilihlah tempat atau kedai yang ada kualiti kerja yang baik dan berwibawa..

Satu lagi pastikan sebelum anda hantar cuci atau pun hantar pi gadai di arahnu sekali pun elok timbang sebelum cuci atau gadai dan SELEPAS CUCI ATAU TEBUS..buat kat situ juga..maksud nya lepas cuci minta tukang cuci timbang terus depan kita..

Dan satu lagi anda perlu guna peninbang yang betul yang telah dikalibrasi atau ditentusahkan oleh syarikat berwibawa seperti SIRIM , kerana saya rasa kalau kita guna timbang yang buat timbang gula atau pun timbang buat timbang bahan nak buat kek..saya yakin akan memberikan bacaan yang kurang tepat..yang elok sikit guna penimbang digital..

Namun jika pandai boleh cuci sendiri..tapi pastikan anda ada ilmu cuci emas yang betul serta bahan dan alat yang betul terutama barang kemas yang ada batu permata atau pun lain - lain takut tercalar batu atau rosak..jangan jadi nak jimat atau terlalu takut nak cuci kat kedai, nanti rosak barang.

Berita Terkini