
Saya yakin ramai yang suka nak memiliki emas setempayan seperti gambar ini dan ramai juga yang amat minat nak jadi agent menjalankan perniagaan jual beli emas ini, namun cabaran utama adalah nak cari modal.
Pada masa saya mula menjadi agent jual beli emas Public Gold ini modal yang diperlukan adalah sebanyak RM40,000.00. Saya sendiri pun pening lalat la nak cari duit modal sebanyak itu.
Sebenarnya hasrat nak jadi agent jual beli emas Public Gold ini telah tercetus dalam hati semenjak bulan ogos tahun 2009 lagi. Selepas membaca laman web sifu emas tersohor En. Syukor Hashim dan kemudian saya beli ebuku Rahsia Jutawan emas yang ditulis oleh En Syukor
Seterusnya pergi dengar taklimat pertama kalinya di pejabat Public Gold yang baru dibuka di Sunway Piramid. Selepas dengar dan jumpa sendiri En.Syukor Hashim dan tokey - tokey Public Gold, maka niat nak jadi agent CONFIRM didalam hati. Yakni saya yakin bisnes ni tak menipu !. Satu sebab saya tengok sendiri ketulinan emas di uji dengan decimeter dan saya sebagai seorang ' Registered Chemist' faham benar bagaimana emas bila di uji dengan alat decimeter.
Segala - gala nya bermula dengan niat, oleh itu saya dan hubby bermuafakat lah cari jalan nak kumpul modal dari simpanan dan jua pinjam saudara mara. Akhirnya terkumpullah duit modal RM40K dan terus jadi agent pada bulan April 2010 !. Dan bermula daripada situlah kita mula berniaga jual beli emas ni.
Mula -mula jual kepada adik beradik dan saudara mara, Alhamdullillah sambutan amat memberangsangkan dan benar seperti sifu En.Syukor Hashim cakap emas ini kita tak perlu cerita banyak, terangkan apa guna beli emas Public Gold ini dan kat mana nak simpan serta cara buat belian insya Allah..ada yang minat.
Kini Public Gold beri SPECIAL OFFER kepada mereka yang minat nak jadi agent, dengan hanya modal RM20K termasuk kos transpot dan lebih menarik emas yang kita nak beli senilai RM20K boleh kita pilih, nak beli gold bar, dinar, ataupun barang kemas Public Jewelery .Makna kata lagi mudah lah nak jadi agent.
Kebaikan jadi agent jual beli emas Public Gold ini kerana kita boleh dapat komisyen sebanyak 1.5% keatas setiap jualan yang kita buat dan hingga kini tiada target jualan yang harus kita capai.
Jika anda berminat nak jadi agen boleh dowload borang kat sini;
KLIK >>> BORANG NAK JADI AGENT PUBLIC GOLD
Untuk cari modal RM20K ni ada pelbagai teknik seperti;
1 : Pinjam saudara mara
2: Buat loan bank atau koperasi.
3: OD Bank ..guna sijil ASB
4 : Pakai kredit kat 5 keping yang ada limit RM4K
5: Teknik cari pembeli atau beberapa pembeli yang nak beli jumlah belian RM20k saya, belian ni saya akan letakan bawah anda.So anda terus boleh jadi agent.
Hari ramai yang tahu bahawa 9/10 punca rezeki daripada perniagaan namun berapa ramai yang menceburinya ?.
Dalam dunia online marketing banyak teknik pemasaran telah diperkenalkan ada yang di kenali TEKNIK BLACK HAT, TEKNIK WHITE HAT, TEKNIK GRAY HAT..KINI saya perkenalkan TEKNIK GOLDEN HAT..cara nak tambah kekayaan dengan emas .
Jika anda betui minat nak jual beli emas ini, sekarang inilah masa nak jadi agen. Modalnya anda boleh cari macam ni.
1 : Pinjam suami atau isteri atau saudara mara.
i : Pinjam duit tunai RM20k , isi borang jadi agen Public Gold dan pilih jenis emas, sebab anda nak jual emas ini maka saya cadangkan beli emas bar 20 gram campur 1 dinar . Bila dah dapat stok emas ini jual beli emas ini kepada kawan - kawan, hasil jualan tu..anda bayarlah hutang pinjaman saudara mara itu. Harga emas Public Gold tetap naik. Try tengok;


Cara kedua;
Dapat emas nilaian RM20K itu anda pergi gadai kat arhnu dan dapat duit bayar dahulu permulaan kepada saudara yang kita pinjam. Baki bayar dari duit sendiri..
Cara ketiga;
Tunggu hingga harga emas we buy tu naik sama harga atau lebih daripada harga yang anda beli dan jual kesemua stok tu ada Public Gold semula. Duit tu buat bayar balik kesemua pinjam yang anda buat.
Ada untung ka ?..Ya masa anda beli stok tu ..anda dah dapat komisyen 1.5 %..dan manakala masa anda jual balik ke Public Gold anda diberi lagi komisyen 0.3 %..BELI UNTUNG , JUAL BALIK PUN UNTUNG..masyukkkkk...dak gitu..
Teknik lain tu lebih kurang samalah..Buat Pinjaman Bank..terutama kakitangan kerajaan buat pinjaman bank Rakyat..spreadkan 10 tahun ka...bulan - bulan kecik..dapat emas jual emas tu..namun lepas setahun ..insya Allah emas tu akan naik harga ..jual semua stok balik kepada Public Gold..duit tu buat bayar kesemua pinjaman bank untuk anda masuk poket..try tengok..

Harga emas 20gram 15/5/2009 RM2248.00 , jika anda beli masa ini

Untung anda RM2624.0 -RM2248.0 = RM376.0
Tapi kalau anda jual kepada pengguna RM2791.0 - RM2248.0 = RM543.0
Oleh sebab tu rebutlah peluang jadi agen ni..sebelum bulan JUN ni tamat..Jika tidak mungkin kos nak jadi agent akan balik ke modal asal RM40K. Setahu saya sehingga kini ada lebih kurang 600 orang agent Public Gold diseluruh negara, bila quota penuh sudah pasti peluang nak jadi agent pun tiada.
Bagi yang masih tak mampu juga nak jadi agent boleh mula kumpul emas dengan TEKNIK GENG 916, try tengok

Klik gambar untuk besarkan supaya lebih jelas..untuk keterangan lanjut macam mana dia lakukan teknik ni layari web tokey Geng 916 di
http://geng916.com
http://geng916.com
Saya berharap keterangan ini menguja untuk anda semua berniaga emas.Bukan mudah nak dapat peluang bisnes berniaga emas yang sekian lama bangsa lain dok buat duit..mana ada kedai emas bangkrap !.
Fikir - fikir dan BERTINDAK ..SEGERA, TANPA TINDAKAN SEGERA..MAKA ..KITA AKAN SEKADAR MENJADI PENONTON ORANG LAIN MENAMBAH KEKAYAAN...
klik >> DOWNLOAD BORANG AGENT
Asikin Ab.Hamid
admin@perniagaanemas.com
017-345 7478
admin@perniagaanemas.com
017-345 7478
No comments:
Post a Comment