Tuesday, June 29, 2010

Gadai Emas Public Gold dan Dinar Emas Public Dinar Di Ar Rahnu...Mudah Sangat..


Agrobank Cawangan Selayang Dekat Pasar Borong.
No.142 Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara,
68100 Batu Caves. Tel: 03-6163 8453.


Hari ini satu pengalaman menarik buat my hubby kerana dia ada mission impossible yang dia kena buat. Yakni I dah mintak dia pi try gadai 1 Dinar Emas Public Dinar dan juga 20 gram Emas Jongkong Public Gold.

Ini merupakan ajaran sifu bagaimana nak tambah emas dan modal buat bisnes emas ini,so mintak hubby pi gadai di Ar Rahnu Agrobank..jeng..jeng..Juga kerana ada isu - isu depa kata emas Public Gold ini kurang mutu walaupun kite dah ada sijil ketulenan.

So my hubby pi la gadai 1 Dinar emas dan juga jongkong emas kite yang ada, kat Agrobank di Bandar Baru Selayang..cawangan kat Pasar Borong..dia kata tak sampai 30 minit siap..terus dapat duit..Bila dapat duit, saya pun oder lagi 1 Dinar Public Dinar 4 keping..bertambah lah koleksi kita..

Beginilah jika kita bijak menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan untuk tambah harta.Oleh sebab itu kini semakin banyak Ar Rahnu muncul di sana sini. Cuba anda fikir kalau kite tak ada emas ..apa faedahnya Ar-Rahnu ini pada kite ?.

Oleh itu hakikat yang tersirat inilah..ada duit beli emas, dapat emas pi gadai di Ar Rahnu..dapat duit..boleh buat belanja lain atau beli emas lagi. Pinjaman kita dengan Ar-Rahnu kita bayar dengan duit gaji kite bulan-bulan..tak de berat sangat.

Sebagai contoh..saya dah gadai 1 Dinar, dapat lebih kurang 60% pinjaman yakni RM290.00 dan upah simpan untuk 6 bulan adalah RM17.67. Namun setiap bulan saya hanya perlu bayar (RM290.0 + RM17.67 / 6 bulan = RM51.30 .Dengan kata lain setiap hari saya perlu berjimat RM1.71 sen (RM51.30/3o hari) untuk bayar RM51.30 setiap bulan.

Masih tak mampu lagi kah orang kita nak miliki walau 1 Dinar Emas ?. Yang paling menarik sekali sebenarnya selepas tamat tempoh gadai 6 bulan ni..Insya Allah kita tebus balik dan dapat emas semula, namun saya yakin nilai 1 Dinar Emas yang kita ada itu, sudah pasti naik nilainya atau harganya...

Jika kita pada awal beli 1 Dinar ini dengan harga katakan RM550.00 kemungkinan bila dah lepas 6 bulan, 1 Dinar itu akan bernilai RM600 atau RM650.0 kita dah untung RM50 hingga RM1oo.o ..ma..

Mar i kite bina 1 Malaysia 1 Dinar Emas kite simpan..jika terjadi mungkin negara akan ada 20juta 1 Dinar Emas..( Penduduk 26 juta,tolak bebudak dan orang tua) dak gitu..Bertindak miliki 1 dinar sekarang.


Nak gadai emas public gold samaada bar atau dinar amat mudah. Isi borang dahulu dan jangan lupa bawa salinan kad pengenalan dan sudah pasti emas dan juga sijil sah ketulinan..itu aje..


Kemudian emas akan ditimbang dan diuji ketulinan jenis emas. Semua emas yang ada dengan saya lulus ujian samaada dari aspek nilai berat dan juga jenis emas dan diberi pinjaman.

admin@ perniagaanemas.com

1 comment:

Asikin said...

pada masa ini ar rahnu agrobank dah tak terima dinar dan bar emas public gold

Anda boleh gadai emas bar dan dinar di ar rahnu koperasi tentera..