Ini mungkin gaji saya, jika saya bekerja disyarikat di Kelantan....8 Dinar aje...
Jual Emas dan Beli Emas serta Perak saya jangkakan akan semakin rancak dinegeri kelahiran saya, Kelantan. Ini berikutan sebagaimana yang dimaklumkan kepada saya, Kerajaan Negeri Kelantan akan mula melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak, untuk kegunaan orang ramai pada 12 Ogos 2010 ini.
Tarikh yang dipilih ini amat sesuai bagi saya kerana ia merupakan hari kedua kita berpuasa. Pada awal bulan puasa ini pada kebiasannya, terutama 1 dan 2 Ramadhan ramai orang Kelantan akan balik kampung untuk berpuasa di Kelantan serta berbuka puasa di Kelantan. Dengan pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan ..sudah pasti ramai yang akan memiliki. Saya sendiri pun dah minta adik kita stanyby nak miliki dinar dan dirham Kelantan.
Dinar dan Dirham Kelantan ini boleh dan akan digunakan dalam urusan jual beli di Kelantan..menarik sungguh. Saya juga dimaklumkan gaji kakitangan kerajaan Kelantan akan dibayar dengan Dinar dan Dirham jua.
Dinar dan Dirham Kelantan dibuat di World Islamic Mint, di Dubai dengan menggunakan spesifikasi yang ditetapkan oleh World Islamic Trade Organization ( WITO) dan dikawal selia oleh World Islamic Mint atau secara ringkasnya Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan ini bertaraf dunia..la..yakni boleh kita pakai dimana-mana negara yang guna dinar emas dan dirham perak yang sebenar.
Muka belakang Dinar Emas Kelantan yang dibuat dari Emas 917..
Dirham Kelantan yang dibuat daripada Perak 999.9
Nominasi Dinar Emas Kelantan..bermula dengan 1/2 Dinar, 1 Dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 Dinar...mmm..satu cabaran untuk peniaga Dinar Public Dinar..dak gitu....pun saya yakin kita semua ada rezeki masing - masing.
Ini Dirham perak Kelantan bermula dengan 1 Dirham, 2 Dirham..5 Dirham , 10 Dirham, 20 Dirham...
Ayam percik, Tomyam, Budu, Akok, Jala Emas, ....berapa dirham ye...harga bulan puasa ni..
Standard Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan..
Cuma yang saya muskil sikit berkaitan dinar dan dirham Kelantan ini..boleh kah kita bawa ke tandas ka...sebab nampak ada tulisan..kalimah . Biasalah benda dok dalam poket..kekadang kita nak ke bilik air ..dak gitu...
Oleh itu jika anda ke Kelantan, jangan terkejut jika ada 600 buah kedai yang akan memaparkan logo stiker seperti diatas dihadapan kedai mereka...so boleh guna buat muamalat..la..dinar dan dirham..secara tak langsung kita dah ikut sunnah Nabi s.a.w..dak gitu..?
Kedai nasi depan rumah saya di KB..tak pasti lagi papar ka tidak...
Logo stiker depan kedai kot..contoh..
Kedai nasi depan rumah saya di KB..tak pasti lagi papar ka tidak...
2 comments:
bagus penggunaan dinar ni.. tapi masalah dari segi pertukaran.. katakan saya nak beli ayam.. haraga 1 dirham.. tapi saya ada 1/2 dinar.. macam mana penjual nak bagi balance jika saya bayar dengan 1/2 dinaR?
Terima kasih kerana membaca weblog saya..sebenar nya dinar dan dirham ni masih lagi ada pecahnya..pun begitu saya belum ada maklumat lagi.
Nak mudah boleh guna jual round number..contoh seekor kambing dah ada orang jual 1 Dinar..
Ayam munkin 2 ekor satu dirham kot...
Post a Comment